Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Permohonan Bantuan Masyarakat India Negeri Johor 2021 Kini Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • June 16, 2021 • 2 min baca

Permohonan Bantuan Masyarakat India Negeri Johor 2021 Kini Dibuka
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan Negeri Johor menerusi Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan membuka permohonan bagi Bantuan Peruntukan Khas Masyarakat India Negeri Johor Tahun 2021 bagi kategori Kebajikan, Pendidikan (IPTA & IPTS) dan Keusahawanan.

Borang permohonan bagi individu yang berkelayakan boleh dimuat turun di bawah mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan cara membuat permohonan.

KATEGORI PEMOHON

Bantuan Khas Masyarakat India Johor ditawarkan kepada kategori berikut:

  • Kebajikan
  • Pendidikan (IPTA & IPTS)
  • Keusahawanan

SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang perlu dipenuhi:

  • WarganegaraMalaysia dan bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 3 tahun
  • Isi rumah berpendapatan rendah iaitu kurang daripada RM 2000.00sebulan
  • Mengemukakan penyata akaun bank (1 bulan), slip gaji (3 bulan), dan penyata EPF
  • Sekiranya ibubapa atau penjaga pemohon bekerja sendiri, mereka hendaklah mendapat perakuan daripada PesuruhjayaSumpah
  • Semua salinan dokumen mesti diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Pengurusan atau Pemimpin Masyarakat Setempat, Penghulu/KetuaKampung

DOKUMEN SOKONGAN

Permohonan hendaklah menggunakan borang dengan disertakan dokumen berikut:

  • Sekeping gambar berukuranpassport
  • Satu salinan kad pengenalan diri & keluarga
  • Salinan slip gaji (3 bulan) atau akuan sumpah jika bekerja sendiri
  • Salinan penyata bank
  • Bil elektrik & air
  • Dan dokumen mengikut keperluan berikut:

Untuk pembelian peralatan serta ubatan kesihatan dan bantuan membaikpulih rumah akibat bencana, bayaran akan di bayar kepada pihak pembekal dan kontraktor

Nota: Semua dokumen hendaklah disahkan daripada pemimpin masyarakat setempat, penghulu/ ketua kampung dan pegawai kumpulan pelaksana.

CARA MEMOHON

individu yang memerlukan bantuan dan ingin membuat permohonan boleh dapatkan borang permohonan yang dikongsikan di bawah:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN MASYARAKAT INDIA

Semua permohonan haruskan dihantar melalui emel atau hantar terus ke alamat berikut:

  • Emel: pkmij2021@gmail.com
  • Melalui pos:
    Pejabat Pengerusi kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor
    Aras 3, Bangunan Dati Jaafat Muhammad,
    78555 Iskandar Puteri, Johor
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.