Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) TAWAS: Cara Buat Semakan & Kemaskini Maklumat

Perhatian buat ibu bapa yang ada anak bakal masuk sekolah tahun hadapan. Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) bagi ahli TAWAS yang bakal masuk ke tahun 1 tahun 2021 akan berlangsung tidak lama lagi.

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) diuruskan oleh YAWAS dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga boleh dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) TAWAS.

SEMAKAN PROGRAM BANTUAN MASUK SEKOLAH 2022

Semakan ini adalah untuk ahli TAWAS yang lahir pada tahun 2014 sahaja. Sila hubungi pusat tuntutan bantuan untuk maklumat lanjut.

  • Tuntutan bantuan hanya boleh dibuat di pusat yang telah ditetapkan
  • Bawa MyKid/ kad TAWAS sewaktu hadir
  • Tidak dibenarkan menghantar wakil mengambil bantuan bagi pihak anak anda

Semakan boleh dibuat di pautan berikut:

semakan kelayakan bantuan masuk sekolah

KEMASKINI MAKLUMAT

Ahli TAWAS sedia ada diminta untuk kemaskini maklumat nombor telefon, alamat dan kawasan program pilihan bagi mengelakkan terlepas sesi agihan bantuan yang akan datang. Kemaskini boleh dilakukan di laman sesawang berikut:

Rakyat Selangor yang merupakan BUKAN ahli TAWAS boleh buat pendaftaran ahli secara online di https://pawas.yawas.my/.

Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) TAWAS: Cara Buat Semakan & Kemaskini Maklumat

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman https://tawas.yawas.my/web/ atau hubungi TAWAS di alaman dan talian berikut:

  • PUSAT PENDAFTARAN (PROJEK TAWAS) :
    Yayasan Warisan Anak Selangor,
    Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
    Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
    Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
    40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan
  • Tel: 03 5481 8800
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma