Tarikh Semakan & Pembayaran Program Bantuan Masuk Sekolah Tahun 2023

Perhatian buat ibu bapa yang ada anak bakal masuk sekolah tahun hadapan. Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) bagi ahli TAWAS yang bakal masuk ke tahun 1 tahun 2023 akan berlangsung tidak lama lagi.

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) diuruskan oleh YAWAS dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga boleh dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) TAWAS.

SEMAKAN PROGRAM BANTUAN MASUK SEKOLAH 2023

Semakan ini adalah untuk ahli TAWAS yang lahir pada tahun 2016 sahaja. Sila hubungi pusat tuntutan bantuan untuk maklumat lanjut.

  • Tuntutan bantuan hanya boleh dibuat di pusat yang telah ditetapkan
  • Bawa MyKid/ kad TAWAS sewaktu hadir
  • Tidak dibenarkan menghantar wakil mengambil bantuan bagi pihak anak anda

Semakan boleh dibuat di pautan berikut:

semakan kelayakan bantuan masuk sekolah

KEMASKINI MAKLUMAT

Ahli TAWAS sedia ada diminta untuk kemaskini maklumat nombor telefon, alamat dan kawasan program pilihan bagi mengelakkan terlepas sesi agihan bantuan yang akan datang. Kemaskini boleh dilakukan di laman sesawang berikut:

Rakyat Selangor yang merupakan BUKAN ahli TAWAS boleh buat pendaftaran ahli secara online di https://pawas.yawas.my/.

SERAHAN BANTUAN MASUK SEKOLAH TAHUN 2023

Serahan bagi Program Bantuan Masuk Sekolah TAWAS bagi ahli 2016 akan dilaksanakan di pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor akan bermula mengikut ketetapan berikut:

  • Tarikh: 14 November 2022 hingga 2 Mac 2023
  • Hari: Isnin hingga Khamis
  • Masa: 10 pagi hingga 5 petang sahaja

Pemakluman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) akan diberi secara perperingkat kepada ibubapa/penjaga ahli bermula November 2022.

Sila pastikan ibubapa/penjaga telah memuat turun Aplikasi YAWAS di peranti pintar atau mendaftar di pautan https://rms.yawas.my/Member bagi memudahkan sesi pengambilan bantuan masuk sekolah anak anda.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman https://tawas.yawas.my/web/ atau hubungi TAWAS di alaman dan talian berikut:

  • PUSAT PENDAFTARAN (PROJEK TAWAS) :
    Yayasan Warisan Anak Selangor,
    Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
    Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
    Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
    40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan
  • Tel: 03 5481 8800

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma