Tawaran Bantuan Lesen Untuk Belia B40 Di Bawah Program MyPSV
Golongan belia mewakili lebih seperempat populasi negara. Sememangnya, pada tangan-tangan merekalah yang menentukan lakaran wajah masa depan negara. Elok acuan kita, moleklah peribadi mereka.
Sungguhpun negara berjaya mencapai tahap guna tenaga penuh, tetapi kadar pengangguran bagi mereka di bawah 25 tahun, termasuk lepasan sekolah dan institut pengajian tinggi masih berada pada tahap 11 peratus setakat suku kedua 2022. Hal ini akan terus diberi perhatian.
Kerajaan dalam pembentangan Bajet 2023 telah memperkenalkan bantuan lesen kenderaan melalui program MyPSV buat golongan B40 khususnya belia.
Isi Kandungan
TUJUAN PROGRAM MYPSV
Program MyPSV ini diperkenalkan bagi:
- Membantu kumpulan B40 khususnya belia menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang seperti teksi, bas dan e-hailing
JENIS BANTUAN
Melalui program MyPSV, kerajaan bersetuju untuk menanggung bayaran bagi mendapatkan LESEN:
- Teksi
- Bas
- E-Hailing
Selain itu, kerajaan turut bersetuju untuk menanggung:
- Bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2
Tidak cukup dengan itu, bagi menggalakkan lagi belia bekerja, Skim TEKUN Belia Mobilepreneur diteruskan dengan 10 juta ringgit bagi membiayai modal anak muda terlibat dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.