Semakan & Permohonan

Permohonan Laptop Pelajar Percuma Di Buka (UMS Prihatin)

November 2, 2020Oleh Cikgu Shaari1 min baca
Permohonan Laptop Pelajar Percuma Di Buka (UMS Prihatin)

Universiti Malaysia Sabah melalui UMS Prihatin menawarkan inisiatif komputer riba percuma buat pelajar yang memerlukan. Inisiatif yang ditawarkan ini adalah bagi meringankan beban pelajar dalam menjalani pembelajaran secara atas talian berikutan penularan Covid-19.

Pelajar Prasiswazah tahun 1 sesi 2020/2021 dan pelajar tahun 2 ambilan 2019/2020 serta berbaki 3 tahun tempoh pengajian adalah dialu-alukan untuk memohon.

Permohonan kini dibuka sehingga 30 November. Semak syarat permohonan dan info lanjut permohonan di bawah.

SYARAT PERMOHONAN

Hanya pelajar yang memenuhi syarat berikut sahaja layak untuk memohon:

  • Pelajar mestilah Warganegara Malaysia
  • Pelajar aktif berdaftar dengan UMS dan kategori B40
  • Pelajar Prasiswazah Tahun 1 Sesi 2020/2021 dan Pelajar Tahun 2 ambilan 2019/2020 serta berbaki 3 tahun tempoh pengajian
  • Pelajar yang menerima bantuan komputer riba WAJIB mendapat keputusan sekurang-kurangnya PNGK 2.75 dan ke atas sebelum bergraduat

CARA MOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat permohonan dan memerlukan bantuan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan sebelum 30 November 2020. Borang boleh didapati di Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Sila email borang yang lengkap kepada:

  • masnahneh@ums.edu.my
  • faridah84@ums.edu.my

Permohonan Laptop Pelajar Percuma Di Buka (UMS Prihatin)

 

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda