Permohonan Bantuan Komputer Riba YNS Dibuka Buat Pelajar IPTA & Politeknik
Bantuan Komputer Riba anak Negeri Sembilan merupakan inisiatif kerajaan Negeri Sembilan dan Yayasan Negeri Sembilan untuk membantu memudahkan proses pembelajaran anak-anak Negeri Sembilan terutama golongan asnaf dan B40 yang terkesan akibat daripada penularan wabak Covid-19 dalam pembelajaran secara atas talian.
Anak Negeri Sembilan yang merupakan pelajar tahun 1 di IPTA/ Politeknik dan memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara atas talian sebelum permohonan ditutup.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan adalah dibuka kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Anak kelahiran Negeri Sembilan ( no kad pengenalan 05 /31 / 59) atau bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari lapan (8) tahun ( sila kemukakan sijil berhenti sekolah rendah dan menengah)
- Pendapatan isi rumah B40 terkini (sila kemukakan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang telah disahkan)
- Pelajar IPTA / POLITEKNIK yang masih belajar di peringkat pengajian , DIPLOMA dan IJAZAH sahaja (pelajar sepenuh masa).
- Pelajar tahun pertama (1) sahaja (sila kemukakan surat pengesahan belajar)
- Sekiranya terdapat dua permohonan atau lebih dalam satu keluarga, hanya satu pemohon sahaja yang akan menerima bantuan ini sekiranya layak.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Antara dokumen yang perlu dimuatnaik untuk buat permohonan adalah:
- Sijil kad pengenalan.
- Surat tawaran belajar.
- Surat pengesahan belajar.
- Sijil berhenti sekolah Darjah 6 atau Tingkatan 5.
- Penyata gaji bapa.
- Surat pengesahan pendapatan bagapa (sekiranya tidak mempunyai slip gaji / tidak bekerja).
- Penyata gaji ibu.
- Surat pengesahan pendapatan ibu (sekiranya tidak mempunyai slip gaji / tidak bekerja).
- Salinan kad pengenalan bapa.
- Salinan kad pengenalan ibu.
CARA MEMOHON
Permohonan bagi anak Negeri Sembilan yang berkelayakan boleh dibuat sebelum permohonan ditutup dengan mengisi borang permohonan secara atas talian di pautan berikut:
Segala butiran yang tidak lengkap akan ditolak serta merta. Semua dokumen yang dimuat naik mestilah disahkan oleh Pejabat Dun/ Penyelaras Dun/ MPKK. Dokumen yang tidak mempunyai pengesahan akan ditolak serta merta.
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan Yayasan Negeri Sembilan, anda boleh terus ke laman web https://www.yns.gov.my/.