Inisiatif Cerdik: Tarikh Pemberian Bantuan Laptop & Tablet Percuma Buat 150,000 Pelajar 

Kemudahan komputer riba, tablet & data telah diperkenalkan dalam Belanjawan 2021 bagi membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk membiasakan diri dengan norma baharu bagi meneruskan pembelajaran dalam talian, e-pembelalajaran dan pengajaran di luar kelas.

Kemudahan itu disediakan menerusi Inisiatif Cerdik yang dikendalikan oleh Yayasan Hasanah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah (B40).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan komputer riba percuma.

150,000 MURID BAKAL TERIMA KOMPUTER RIBA PERCUMA

Pemberian komputer riba percuma adalah melibatkan:

  • 150,000 murid di 500 buah sekolah

Kemudahan merupakan sebagai projek rintis bagi mengurangkan beban masalah pembelajaran secara dalam talian.

Sehubungan dengan itu, kerajaan mengumumkan 13 Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Milik Kerajaan (GLIC) akan menyumbang sebanyak 150 juta ke dalam Tabung Cerdik bagi pemberian komputer riba kepada 150 ribu murid sekolah.150,000 Murid Sekolah Bakal Terima Komputer Riba Percuma Sumbangan GLIC & GLC

TARIKH PEMBERIAN LAPTOP PERCUMA

Yayasan Hasanah dengan kerjasama rapat KPM dalam memastikan kemampanan pelaksanaannya telah memutuskan akan mengagihkan peranti ini bermula:

  • Peringkat pertama: Februari 2021

Setakat ini, 13,000 peranti telah diedarkan oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) kepada Pejabat Pendidikan Daerah di beberapa negeri dan lebih 1,000 pelajar telahpun menerima peranti mereka.

  • Peringkat kedua: Mei 2021 (50,000 pelajar)
  • Peringkat ketiga: Akhir September 2021 (100,000 pelajar)

JENIS PERANTI & PENYEDIAAN DATA

Pelajar dari sekolah terpilih akan menerima:

  • Komputer riba dengan spesifikasi Interl i3 (atau setara) dan ke atas; atau
  • iPad dengan Cip Bionik A12

Peranti akan dibekalkan dengan sambungan:

  • Rangkaian 3G/4G bersama data sebanyak 15GB/bulan untuk tempoh minimum 12 bulan
  • Kad SIM akan didaftarkan di bawah nama ibu bapa atau penjaga murid

PEMILIHAN PELAJAR YANG LAYAK

Semak kaedah pemilihan pelajar yang layak di pautan berikut:

Pihak mereka sedang bekerja keras dengan semua pihak untuk mempercepatkan kadar pengedaran. Usaha itu akan dapat membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk membiasakan diri dengan norma baharu bagi pembelajaran dalam talian, e-pembelajaran dan pengajaran di luar kelas.

Selain murid sekolah, isi rumah, belia dan bujang juga akan menerima bantuan dalam pelbagai bentuk seperti eWallet RM50 buat belia, bantuan RM350 buat bujang dan bantuan sehingga RM1800 buat isi rumah. Golongan B40 yang layak juga akan menerima bantuan RM180 untuk pembelian telefon bimbit baharu dan untuk langganan internet.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma