Semak Tarikh & Kaedah Bayaran BKSS 8.0 RM1000 Secara One-Off
Dalam kenyataan Belanjawan Sarawak tahun 2022, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg telah memaklumkan akan meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) bagi membantu beban rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Menurut beliau, bantuan khas itu yang memasuki siri kelapan akan disalurkan tahun 2022.
Peruntukkan BKSS 8.0 adalah melibatkan RM285.47 juta dan merangkumi enam bulan pertama tahun 2022 serta bantuan kewangan sekali beri. Bantuan ini akan melibatkan semua golongan yang terkesan tanpa ada yang tercicir.
Untuk makluman ada, ada penerima BKSS yang telah memaklumkan bahawa BKSS 8.0 telah pun dikreditkan ke akaun mereka. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumkat lanjut tarikh dan kaedah bayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang.
Isi Kandungan
PEMOHON YANG LAYAK
Pemohon yang layak menerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang adalah:
- Gerai makanan
- Pasar
- Kedai kampung
- Barber/ salun
- Kantin (pemilik individu)
KADAR BAYARAN GERAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 8.0
Penerima yang layak dan telah buat permohonan sebelum ini akan menerima bantuan secara one-off sebanyak:
- RM1,000
TARIKH BAYARAN BKSS 8.0
Menurut DayakDaily, bantuan BKSS untuk penjaja bagi tahun 2022 ini telahpun dilancarkan pada 7 Februari 2022 yang lalu, di mana 15 orang penjaja dan peniaga kecil telah menerima Geran Bantuan Penjaja BKSS 8.0 RM1,000 di sebuah majlis bertempat di Hotel UCSI Kuching.
Terkini, difahamkan sudah ada pengguna media sosial menerima bantuan ini yang dikreditkan melalui SarawakPay pada:
- Tarikh bayaran: Mulai 3 Mac 2022
KAEDAH BAYARAN BKSS 8.0
Bayaran RM1000 yang diperuntukkan bagi setiap penjaja / peniaga kecil akan dibayar melalui :
- Kaedah bayaran: SarawakPay @ Spay
Bagi pemohon yang lulus menerima bantuan BKSS Penjaja, di sini disertakan langkah-langkah untuk memindahkan wang dari akaun SarawakPay ke akaun bank anda ;
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BKSS
Untuk makluman anda, semakan status permohonan kini boleh dibuat. Bagi membuat semakan status permohonan, ikut langkah berikut:
- Pergi ke pautan Semakan Permohonan BKSS
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Klik Submit.
Status permohonan anda akan dipaparkan di laman berikut.
Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan rayuan BKSS, anda boleh hubungi talian 082 555 999 atau email ke alamat 555999@sarawak.gov.my.