Bantuan Khas Perbendaharaan: Mohon Bantuan Pelaksanaan Program Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat

Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) adalah Bantuan Kewangan kerajaan diagihkan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi tujuan pelaksanaan program Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.

Bantuan Kewangan kerajaan diagihkan bagi menggalakkan penyertaan dan penglibatan NGO dalam program dan khidmat kebajikan. Juga sebagai rakan kongsi Kementerian dalam menyediakan perkhidmatan kebajikan yang terbaik kepada masyarakat yang memerlukan, di samping perkhidmatan yang telah disediakan oleh kerajaan.

NGO YANG LAYAK MEMOHON

Terbuka untuk semua badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan mana-mana Pendaftar yang diiktiraf atau mana-mana badan Kerajaan yang diberi kuasa melalui undang-undang Negara dan menjalankan sesuatu program yang mempunyai kepentingan untuk wanita, keluarga dan masyarakat.

NGO boleh memohon BKP melalui 3 agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu sama ada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) atau Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berdasarkan Bidang Keutamaan.

Semua NGO perlu memberi PENGIKTIRAFAN KEPADA KERAJAAN melalui ANJURAN BERSAMA dengan KPWKM dengan penggunaan LOGO KERAJAAN.

SYARAT KELAYAKAN NGO DAN PROGRAM

NGO Yang Layak Diberi Pertimbangan Adalah Seperti Berikut:

  • Menjalankan program kepada kumpulan sasar Kementerian  dan menepati bidang keutamaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian;
  • Ditubuhkan secara rasmi, berdaftar, bertaraf tempatan  dan diiktiraf oleh KPWKM bersesuaian dengan dasar dan kuasa undang-undang negara ini yang berkaitan bagi melaksanakan sesuatu program yang mempunyai kepentingan untuk wanita,keluarga dan masyarakat;
  • Tidak berorientasikan keuntungan;
  • Tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh akan lebih dipertimbangkan; dan
  • Mempunyai perancangan yang konkrit untuk membiayai sendiri program selepas tempoh penerimaan peruntukan.

Program Yang Layak Dipertimbangkan Adalah Seperti Berikut:

Selaras dengan bidang-bidang keutamaan yang telah ditetapkan untuk program pembangunan kumpulan sasar KPWKM, mengikut BIDANG KEUTAMAAN seperti berikut:

i) Pembangunan Wanita (Perlu memohon melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) 

  • Latihan dan Peningkatan Kemahiran
  • Peningkatan Kapasiti Wanita
  • Literasi Undang-undang
  • Pengurusan Emosi
  • Nur Bahagia (Menangani Keganasan Terhadap Wanita)
  • Kepekaan Gender
  • Program Kesedaran Berkaitan HIV/AIDS

ii) Pembangunan Keluarga (Perlu memohon melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sila layari www.lppkn.gov.my)

  • Kekeluargaan
  • Keibubapaan
  • Kebapaan
  • Persediaan Perkahwinan
  • Pemantapan Perkahwinan
  • Pembangunan Remaja
  • Kesihatan Reproduktif
  • Pencegahan HIV/AIDS

iii) Pembangunan Masyarakat (Perlu memohon melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM))

  • Perlindungan dan Pemulihan Kanak-kanak
  • Advokasi dan Literasi Akta-akta Sosial dan Undang-undang
  • Perlindungan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya
  • Pemulihan dan Kesejahteraan Warga Emas
  • Pemulihan dan Pengurusan Mangsa Bencana
  • Pemulihan dan Peningkatan Kapasiti Orang Papa dan Pengemis
  • Kajian dan Latihan dalam Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
  • Pembangunan Kapasiti Komuniti dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
  • ProgramSokongan kepada Penghidap HIV/AIDS
  • Persediaan Persaraan

PROSEDUR PERMOHONAN

NGO perlulah mengikut prosedur berikut untuk membuat permohonan:

  •   Menggunakan Borang Permohonan Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan
  • Mengemukakan permohonan Tidak Lewat daripada 3 bulan sebelum tarikh cadangan pelaksanaan program;
  • Mengemukakan Kertas Kerja (sila klik di sini untuk Format Kertas Kerja) yang mengandungi perkara berikut:
    a) Tajuk program
    b) Tujuan program
    c) Latar belakang program
    d) Objektif program
    e) Komponen program
    f) Cadangan tarikh
    g) Cadangan tempat
    h) Kumpulan sasar
    g) Bilangan peserta
    h) Bilangan program
    i) Kaedah pelaksanaan
    j) Tentatif aturcara program
    k) Anggaran perbelanjaan
    l) Faedah
    m) Kesimpulan
  • Mengemukakan satu (1) salinan dokumen seperti berikut:
    a) Salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan yang disahkan Pendaftar Pertubuhan atau Pesuruhjaya Sumpah
    b) Perlembagaan Pertubuhan atau Memorandum of Articles
    c) Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan terkini
    d) Borang Permohonan yang diisi lengkap
    e) Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Pengerusi dan Setiausaha
    f) Satu (1) Salinan Minit Mesyuarat Terkini (bagi NGO baru)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN

Garis panduan permohonan Bantuan Khas Perbendaharaan boleh dimuat naik di pautan berikut:

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN, FORMAT KERTAS KERJA DAN FORMAT LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM

Anda boleh download borang permohonan BKP, format kertas kerja dan format laporan pelaksanaan program di sini:

BORANG PERMOHONAN BKP

FORMAT KERTAS KERJA

FORMAT LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas Perbendaharaan, anda boleh rujuk terus di Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma