Permohonan Bantuan Khas Modal Pusingan MAINPP Untuk Peniaga Pasar Hari & Pasar Malam

Perhatian kepada peniaga pasar hari dan peniaga pasar malam yang mempunyai lesen pendaftaran perniagaan SSM dan juga lesen PBT! Anda dipelawa untuk memohon Bantuan Khas Peniaga Pasar Hari/ Pasar Malam Zakat Pulau Pinang, MAINPP dengan kerjasama dengan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).

Peniaga yang berkelayakan boleh buat permohonan melalui borang permohonan yang disediakan sehingga 8 April 2022. Pemberian sumbangan bantuan ini adalah sebagai tambahan modal pusingan (pasca Covid-19) buat peniaga yang memerlukan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran Bantuan Khas Untuk Peniaga Pasar Hari/ Pasar Malam MAINPP dan panduan buat permohonan.

OBJEKTIF BANTUAN

Pemberian bantuan khas ini adalah dengan matlamat untuk beri bantuan kepada peniaga:

  • Sebagai tambahan modal pusingan (pasca Covid-19) dan juga bagi memastikan ekonomi tempatan mampu diteruskan semula

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Bantuan Khas untuk peniaga pasar hari/ pasar malam Zakat Pulau Pinang dengan kerjasama EKUINAS dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 28 Mac 2022 – 8 April 2022

SYARAT KELAYAKAN

Hanya peniaga yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan untuk menerima bantuan:

  • Pemohon mestilah memenuhi syarat umum bantuan zakat
  • Wajib mempunyai lesen perniagaan SSM dan lesen PBT
  • Belum menerima bantuan Ekuinas 1 dan 2 sebelum ini
  • Tergolong dalam asnaf adalah diutamakan
  • Perniagaan atau berniaga sendiri merupakan sumber utama pendapatan keluarga
  • Suami berpendapatan rendah/ kematian suami/ suami dan isteri bergaji kecil untuk menambah pendapatan keluarga
  • Terputus modal atas sebab munasabah seperti mempunyai ramai tanggungan yang masih belajar atau anak/ isteri tidak sihat

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan bantuan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan:

  • Dapatkan borang permohonan di mana-mana kaunter zakat yang berhampiran

Pastikan anda hantar borang permohonan yang lengkap diisi selewat-lewatnya 8 April 2022. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke alamat atau hubungi talian berikut:

  • Bahagian Keusahawanan Asnaf
    Zakat Pulau Pinang, MAINPP
  • Tel: 011 2872 4558

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma