Permohonan Bantuan Khas Modal Pusingan MAINPP Untuk Peniaga Pasar Hari & Pasar Malam
Perhatian kepada peniaga pasar hari dan peniaga pasar malam yang mempunyai lesen pendaftaran perniagaan SSM dan juga lesen PBT! Anda dipelawa untuk memohon Bantuan Khas Peniaga Pasar Hari/ Pasar Malam Zakat Pulau Pinang, MAINPP dengan kerjasama dengan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).
Peniaga yang berkelayakan boleh buat permohonan melalui borang permohonan yang disediakan sehingga 8 April 2022. Pemberian sumbangan bantuan ini adalah sebagai tambahan modal pusingan (pasca Covid-19) buat peniaga yang memerlukan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran Bantuan Khas Untuk Peniaga Pasar Hari/ Pasar Malam MAINPP dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
OBJEKTIF BANTUAN
Pemberian bantuan khas ini adalah dengan matlamat untuk beri bantuan kepada peniaga:
- Sebagai tambahan modal pusingan (pasca Covid-19) dan juga bagi memastikan ekonomi tempatan mampu diteruskan semula
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan Bantuan Khas untuk peniaga pasar hari/ pasar malam Zakat Pulau Pinang dengan kerjasama EKUINAS dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 28 Mac 2022 – 8 April 2022
SYARAT KELAYAKAN
Hanya peniaga yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan untuk menerima bantuan:
- Pemohon mestilah memenuhi syarat umum bantuan zakat
- Wajib mempunyai lesen perniagaan SSM dan lesen PBT
- Belum menerima bantuan Ekuinas 1 dan 2 sebelum ini
- Tergolong dalam asnaf adalah diutamakan
- Perniagaan atau berniaga sendiri merupakan sumber utama pendapatan keluarga
- Suami berpendapatan rendah/ kematian suami/ suami dan isteri bergaji kecil untuk menambah pendapatan keluarga
- Terputus modal atas sebab munasabah seperti mempunyai ramai tanggungan yang masih belajar atau anak/ isteri tidak sihat
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan bantuan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan:
- Dapatkan borang permohonan di mana-mana kaunter zakat yang berhampiran
Pastikan anda hantar borang permohonan yang lengkap diisi selewat-lewatnya 8 April 2022. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke alamat atau hubungi talian berikut:
- Bahagian Keusahawanan Asnaf
Zakat Pulau Pinang, MAINPP - Tel: 011 2872 4558