Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan Sebulan Gaji/ Minimum RM1,000 Buat Penjawat Awam Johor

Oleh Cikgu Shaari • December 1, 2022 • 1 min baca

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan Sebulan Gaji/ Minimum RM1,000 Buat Penjawat Awam Johor
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berita baik buat penjawat awam di negeri Johor! Kerajaan Johor mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada sejumlah kira-kira 13,400 kakitangannya.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Johor 2023 semasa Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini pada Khamis.

Ikuti perkongaidn di bawah untuk maklumat lanjut pembayaran bantuan khas kewangan buat penjawat awam.

KADAR BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN JOHOR

Kerajaan Johor mengumumkan bantuan khas kewangan buat sejumlah kira-kira 13,400 kakitangannya sebanyak:

  • Sebulan gaji atau minimum RM1,000

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN JOHOR

Bantuan khas itu dikatakan akan dibayar sebanyak 2 KALI iaitu:

  • Kali pertama: Akhir tahun 2022
  • Kali kedua: Menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun 2023

PENERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN

Bantuan berkenaan diberikan kepada:

  • kakitangan kerajaan negeri dan kakitangan awam Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri Johor.

Selain itu, bantuan tersebut juga akan dipanjangkan kepada:

  • semua guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan guru Tadika Islam Johor (TAJ).

Kerajaan negeri amat menghargai sumbangan penjawat awam yang menjalankan dasar-dasar bagi menjayakan agenda pembangunan dan kebajikan negeri.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.