Mohon Bantuan Khas Anak Istimewa (ANIS). Terima Bantuan RM5,000 One-Off
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) bagi mendapatkan manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima RM5,000 setahun bagi satu isi keluarga.
Bantuan ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU untuk kegunaan mereka sewaktu kecemasan atau bagi tujuan mengurangkan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan yang ditanggung oleh ibu bapa/ penjaga.
Jika anda mempunyai anak istimewa, semak syarat kelayakan lanjut dan info permohonan bantuan ANIS di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
JENIS BANTUAN DITERIMA
Pemohon yang layak akan mendapat manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM5,000 setahun. Berikut adalah jenis bantuan diterima:
- Makanan/ keperluan tambahan
- Pembelian Pembaikian peralatan mesin
- Ubat ubatan
- Pendidikan (Terapi/ Kelas Khas untuk anak OKU)
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor ATAU bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan)
- Dihadkan kepada anak OKU berumur 18 tahun ke bawah
- Mempunyai Kad OKU atau Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU)
- Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan bantuan ANIS dibuka kepada pemohon yang memenuhi syarat kelayakan pada tarikh berikut:
- 1 Ogos 2022 hingga 12 Ogos 2022
DOKUMEN DIPERLUKAN
Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen berkaitan berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan pasangan
- Salinan Sijil Daftar/ Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU
- Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika bernaan)
- Salinan kad pengenalan anak istimewa
- Salinan Kad OKU dari JKM atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak (jika tiada kad OKU)
- Cop pengesahan mastautin yang disahkan bagi ibu/bapa/penjaga yang bukan kelahiran Selangor
- Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
- Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat secara atas talian sehingga 12 Ogos 2022. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
Borang permohonan boleh didapatkan di pautan berikut:
Permohonan beserta dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses. permohonan borang dihantar kepada:
- Email: daftaranis@gmail.com
- Pusat Khidmat Masyarakat DUN berhampiran
- Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor
Baca juga: Tunas 2021: Permohonan Skim Bantuan Yuran Tadika RM50 Setiap Bulan Kini Dibuka