Permohonan Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam / Politeknik / IPTS / Matrikulasi, Terima RM1,000

Skim Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam (UA)/ Politeknik telah diperkenalkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Universiti Awam atau Politeknik bagi anak-anak Veteran ATM.

Skim ini juga bagi memberi galakan dan motivati anak-anak Veteran ATM untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi. Anak-anak pesara yang berkelayakan akan terima insentif sebanyak RM1,000.

Semak perkongsian di bawah untuk syarat kelayakan dan cara memohon.

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan yang akan diberikan secara pembayaran sekaligus adalah:

  • RM1,000

SYARAT PERMOHONAN

Antara syarat kelayakan untuk membuat permohonan bantuan adalah:

  • Veteran ATM (bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia, bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya/ Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak, bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa) tanpa mengira tempoh khidmat termasuk tanggungan mereka
  • Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan
  • Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur 18 tahun ke bawah
  • Tidak diberhentikan di bawah kes tatatertib
  • Veteran ATM beramastauin di kediaman tersebut
  • Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempph setahun dari tarikh kejadian

Syarat Khusus

  • Dihadkan kepada semua IPTA di bawah pengendalian Kementerian Pengajian Tinggi dan IPTS terpilih sahaja
  • Pengajian yang diikuti hendaklah sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama
  • Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh satu tahun pertama kemasukan / pendaftaran ke IPTA/ IPTS terpilih
  • Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja samada di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama
  • Umur bagi anak veteran ATM hendaklah tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran/ kemasukan ke IPTA/ IPTS terpilih
  • Semua kursus pengajian di IPT luar negara TIDAK LAYAK dipertimbangkan
  • Semua kursus pengajian profesional TIDAK LAYAK diperimbangkan
  • Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan adalah tidak layak
  • Pembayaran bantuan hendaklah menggunakan akaun peribadi individu yang diluluskan sahaja
  • Nama pemohon mestilah mengikut ejaan di kad pengenalan pemohon. Sekiranya nama pada akaun bank berbeza dengan kad pengenalan, pemohon hendaklah mengemaskini nama di bank terlebih dahulu (Rujukan: Pekeliling SPANM Bil. 7 Tahun 2018: Garis Panduan Tatacara Pengurusan Bayaran)

CARA MEMOHON

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan:

  1. Muat turun Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEV.BK.2019) yang disediakan di bawah atau dapatkan DI SINI.
  2. Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.
  3. Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.

Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).

Maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam (UA)/ Politeknik boleh dirujuk di laman web rasmi Jabatan Hal Ehwal Vateran ATM

BORANG PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN (JHEV.BK.2019)

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma