Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Mohon Bantuan Kemasukan IPTA / IPTS Peringkat Sijil, Diploma & Ijazah Sehingga RM700

Oleh Cikgu Shaari • July 4, 2022 • 3 min baca

Mohon Bantuan Kemasukan IPTA / IPTS Peringkat Sijil, Diploma & Ijazah Sehingga RM700
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) membuka permohonan Bantuan Kemasukan ke IPTA atau IPTS bagi pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil/ Matrikulasi/ STPM/ STAM/ SPMV(KV), Diploma dan Ijazah.

Bantuan ini diberikan bagi memudahkan pelajar-pelajar yang beragama Islam yang bermaustatin di Negeri Perak untuk mendapatkan bantuan zakat bagi kemasukan mana-mana IPT dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai bantuan serta syarat kelayakan dan cara memohon.

KADAR BAYARAN BANTUAN

Kadar bayaran bantuan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:

  • Sijil / Matrikulasi / STPM / STAM / SPMV (KV) : RM500.00
  • Diploma / SPMV (KV) : RM600.00
  • Ijazah : RM700.00

SYARAT UMUM PERMOHONAN

Berikut adalah syarat umum permohonan bantuan zakat:

  • Setiap peringkat pengajian hanya sekali sahaja bantuan akan diberi.
  • Tarikh memohon tidak melebihi 3 bulan dari tarikh daftar diri ke IPTA / IPTS
  • Tempoh pengajian mestilah melebihi tempoh setahun atau 12 bulan.
  • Pemohon mestilah bermastautin dalam Negeri Perak.
  • Mana-mana IPTA-IPTS yang ada memberi elaun secara bulanan adalah tidak layak memohon.
  • Permohonan ini tertakluk kepada PENGAJIAN SEPENUH MASA SAHAJA.

CARA MEMOHON

Permohonan bantuan jika memenuhi syarat kelayakan boleh dibuat dengan langkah berikut:

  1. Layari Sistem Semakan Kelayakan
  2. Masukkan no. Kad pengenalan (PELAJAR) untuk semakan data
    MAIAMP: Mohon Bantuan Kemasukan IPTA / IPTS Peringkat Sijil, Diploma & Ijazah
  3. Jika data semakan disahkan tidak ada pertindihan permohonan, anda boleh teruskan dengan
    mendaftar maklumat asas untuk menggunakan sistem permohonan ini. Sila masukkan maklumat yang tepat.
    MAIAMP: Mohon Bantuan Kemasukan IPTA / IPTS Peringkat Sijil, Diploma & Ijazah
  4. Notifikasi peringatan bagi kesahihan data akan dipaparkan untuk rujukan. Tekan OK untuk
    teruskan permohonan.
  5. Seterusnya masukkan ID ( No. Kad Pengenalan PELAJAR ) dan kata laluan.
  6. Paparan Utama akan dipaparkan setelah login berjaya. Status terkini permohonan untuk anda melengkapkan maklumat asas Bahagian A. Sila klik Bahagian A.
  7. Sila isikan maklumat di ruangan yang disediakan. Seterusnya tekan butang kemaskini.
  8. Notifikasi kelulusan data tapisan akan dipaparkan seterusnya dibenarkan untuk melengkapkan Bahagian B.
  9. Sila tekan BAHAGIAN B untuk langkah seterusnya. Tekan Browse Anda perlu memuatnaik
    enam(6) dokumen WAJIB bagi melengkapkan BAHAGIAN B.
  10. Setiap kali satu(1) dokumen dimuatnaik notifikasi Muatnaik dokumen BERJAYA akan dipaparkan.
  11. Muatnaik dokumen lengkap selesai. Arahan untuk melengkapkan BAHAGIAN C akan dipaparkan.
  12. Sila tekan butang BAHAGIAN C ( Maklumat terperinci ) untuk kemasukan data. Tekan KEMASKINI untuk memasukkan data.
  13. Sila masukkan data yang tepat mengikut format yang disediakan. Seterusnya tekan butang
    SIMPAN/KEMASKINI.
    *PASTIKAN NO. KAD PENGENALAN TIDAK DIMASUKKAN TANDA ‘ – ‘
  14. Lengkapkan kesemua maklumat yang diperlukan. Tekan butang HANTAR PERMOHONAN.
  15. Status penghantaran permohonan berjaya untuk proses akan dipaparkan. Selesai.

Anda boleh mencetak borang permohonan yang lengkap untuk simpanan/rujukan. Anda boleh muat turun manual pengguna untuk panduan permohonan yang lebih lengkap bersama keterangan dan gambar di pautan berikut:

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN BERGAMBAR

Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian 05-2084000 atau dapatkan keterangan lanjut mengenai Bantuan Am Pelajaran di Pejabat Pentadbiran Daerah terdekat.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.