Cara Mohon Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) RM3,600 Setahun
Kerajaan Selangor pada November 2022 telah membentangkan Belanjawan 2022 berjumlah RM2.343 bilion merangkumi RM1.22 bilion atau 52 peratus bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.123 bilion atau 48 peratus untuk perbelanjaan pembangunan.
Belanjawan Selangor 2022 membabitkan lima teras yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi berimpak tinggi, membangun masyarakat penyayang, mengukuhkan agenda kesihatan awam, mewujudkan persekitaran hijau serta mengoptimumkan digitalisasi di seluruh Selangor.
Salah satu bantuan yang diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2022 adalah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang bakal memberi manfaat kewangan sebanyak RM300 setiap bulan.
Isi Kandungan
BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA SELANGOR (BINGKAS)
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) merupakan program baharu yang akan memberi manfaat kepada setiap keluarga yang layak dan terjejas di pasca COVID-19. Melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), kerajaan negeri akan memberi manfaat bantuan sebanyak:
- Kadar bantuan: RM300 sebulan @ RM3,600 setahun
Kerajaan Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ini bagi meluaskan capaian dan menambah baik program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (Kiss-IT). BINGKAS boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti membeli barangan keperluan rumah, pembayaran yuran dan juga pendidikan anak-anak serta menyara keperluan hidup.
SYARAT KELAYAKAN
Rakyat Selangor yang bakal menerima manfaat Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ini merupakan penerima BSH/ BPR di bawah kategori pendapatan bawah RM2,000.
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih dari 10 tahun
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
- Pendapatan isi rumah bawah RM3,000
CARA MOHON BANTUAN KEHIDUAPAN SEJAHTERA SELANGOR
Penerima Kad KISS Yang Masih Aktif
Bagi pemegang atau penerima kad KISS yang masih aktif, nama mereka akan dimasukkan secara AUTOMATIK ke Program BINGKAS mulai 1 Julai 2022
Mereka perlu mengaktifkan BINGKAS di Wavpay E-Wallet melalui aplikasi Selangkah sahaja dan pengaktifan akaun tersebut boleh dilakukan pada:
- Mulai 1 Julai 2022
Selepas akaun BINGKAS diaktifkan, anda perlu mengemaskini butiran peribadi di laman sesawang https://www.bingkasselangor.com/ bagi membolehkan anda menerima manfaat ini. Pastikan anda kemaskini butiran di laman tersebut sebelum:
- Tarikh akhir kemaskini: 31 Ogos 2022
Sekiranya anda gagal berbuat demikian atau telah hilang kelayakan, akaun anda anda akan ditamatkan pada 1 September 2022. Klik butang di bawah untuk rujuk panduan aktifkan dan kemaskini maklumat:
PANDUAN AKTIFKAN AKAUN BINGKAS
Permohonan Baru
Permohonan baharu bagi individu yang berkelayakan boleh dibuat mulai 1 Julai 2022 secara online di laman web berikut:
Panduan membuat permohonan baharu BINGKAS boleh dirujuk di pautan berikut:
PANDUAN PERMOHONAN BARU BINGKAS
DOKUMEN DIPERLUKAN
Permohonan mestilah disertakan bersama dokumen-dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan
- Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
Setiap permohonan akan disemak oleh ADUN dan Selcare. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel.