10 Jenis Bantuan Kebajikan & Kewangan Untuk Pelajar UMS
Bagi menangani masalah kesusahan pelajar Universiti Malaysia Sabah(UMS), Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS menyediakan saluran bantuan kebajikan dan kewangan kepada pelajar yang memerlukan. Bantuan disalurkan dalam pelbagai bentuk dan tidak terhad kepada bantuan kewangan sahaja.
Pelajar UMS boleh mohon bantuan-bantuan yang disediakan jika memerlukan.
Berikut adalah senarai bantuan kebajikan dan kewangan pelajar yang boleh dipohon oleh pelajar UMS.
Isi Kandungan
BANTUAN KEBAJIKAN & KEWANGAN UMS
1. Pinjaman Jangka Pendek
- Permohonan boleh dibuat terus ke HEP atau borang atas talian JHEP
- Bantuan berbentuk pinjaman
- Diberi sekali sahaja 1 semester
Kadar bantuan:
- Yuran pengajian/Sara Hidup
- Jumlah maksimum RM500
2. Bantuan Tabung Tanpa Penama
- Pelajar aktif dalam pengajian, tempatan dan pengajian prasiswazah (sepenuh masa)
- Pendapatan keluarga di bawah RM2,500 dan mempunyai masalah yuran pengajian
- Permohonan boleh dibuat di JHEP atau borang di laman web JHEP
- Jumlah bantuan RM500
3. Bantuan Sara Diri MyCare
- Permohonan melalui SMP
- Bantuan hanya sekali dalam satu semester
- Bantuan RM200 bagi sara diri pelajar
4. Khairat Kematian
- RM1,000 dibayar kepada waris jika pelajar UMS meninggal dunia
- RM500 diberikan kepada pelajar jika ibu/bapa/anak/suami/isteri meninggal
- kematian dan tuntutan dalam tempoh pengajian
5. Surat Jaminan Hospital
- Layak untuk hospital kerajaan sahaja
- Bil hospital dituntut oleh hospital kepada JHEP
- Bagi pendahuluan bayaran, tuntutan kepada JHEP
6. Bantuan Kos Rawatan Perubatan/Pembelian Alat Sokongan Perubatan
- Aktif dalam pengajian
- Semua peringkat pengajian
- Kos rawatan hospital kerajaan sahaja
- Permohonan bertulis ke JHEP beserta dokumen dan pengesahan doktor dari Hospital Kerajaan
- Jumlah maksimum diluluskan RM5,000
7. Bantuan Musibah Bencana Alam/ Kebakaran/Kecurian
- Musibah berlaku dalam tempoh pengajian
- Permohonan menggunakan borang di JHEP
- Bantuan sebaranyak RM500 bagi bencana alam/kebakaran
- Bantuan sebanyak RM200 bagi kes kecurian seperti kehilangan wang tunai/laptop/basikal/motosikal
8. Insuran Berkelompok Pelajar
- Perlindungan 24 jam sehari di seluruh dunia
- Pelajar aktif dalam pengajian
- Dituntut dalam tempoh 90 hari
- Layak untuk semua pelajar tempatan
- Manfaat bagi kematian/keilatan kekal menyeluruh RM40,000
- Perbelanjaan Pengebumian RM5,000
- Elaun wad hospital RM50 sehari(had sehingga 30 hari)
9. Food Bank Siswa
- Bantuan makanan kering
- Pelajar tempatan dalam kalangan B40
- Pelajar yang mempunyai Kad Food Bank SIswa UMS
10. Skim Learn & Earn
- Dipohon melalui JHEP
- Bayaran RM5 sejam dan had maksimum adalah tidak melebihi 5 jam sehari
- Iklan akan dikeluarkan oleh mana-mana kontraktor dari JFPIB
Sekiranya anda berminat untuk mohon mana-mana bantuan kebajikan dan kewangan yang disediakan buat pelajar UMS, anda boleh terus ke pejabat Bahagian Kebajikan dan Kewangan pelajar (BKKP) di UMS atau hubungi salah satu talian berikut:
- Encik Harun: 016 8398538
- Puan Faridah: 013 33502371
- Puan Faridah: 016 8834194