Permohonan Bantuan Ke Institusi Pengajian Tinggi TAPEM, Terima Bantuan Sehingga RM400

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka mempelawa anak kelahiran Melaka yang ditawarkan untuk meneruskan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana dan PHD untuk memohon bantuan kewangan yang dibayar secara one-off.

Bantuan Institusi Pengajian Tinggi disediakan oleh TAPEM bagi membantu anak-anak Melaka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Anak Melaka yang dapat tawaran sambung belajar boleh buat permohonan bantuan ditawarkan.

Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut berkaitan permohonan Bantuan ke Institusi Pengajian Tinggi.

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan yang dibayar secara one-off adalah dibayar mengikut peringkat pengajian seperti berikut:

  • Diploma: RM300
  • Ijazah: RM400
  • Sarjana: RM400
  • PHD: RM400

SYARAT KELAYAKAN

Semak syarat kelayakan berikut sebelum membuat permohonan bantuan:

  • Pemohon lahir di negeri Melaka dan
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka dan
  • Bermastautin di Negeri Melaka dan
  • Pengundi di Negeri Melaka.
  • Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  • Permohonan boleh dibuat bagi kemasukan kali pertama untuk setiap satu tahap pengajian sahaja.
  • Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh pendaftaran di IPT.
  • Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa (BUKAN LAHIR DI MELAKA) merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform telah berkhidmat dan telah bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka serta disahkan oleh Majikan dan Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas) /Pengerusi JAPERUN / Penghulu /Sidang.
  • Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak dipertimbangkan.

**Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mengikut syarat, permohonan tidak di pertimbangkan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai dokumen yang WAJIB disediakan untuk membuat permohonan:

  • 1 Salinan Kad Pengenalan/MyKad pemohon.
  • 1 Salinan Sijil Lahir pemohon.
  • 1 Salinan Kad Pengenalan ibu bapa pemohon.
  • 1 Salinan Sijil sekiranya Ibubapa yang bercerai, meninggal dunia dan Ibu atau Bapa tiri (1 Salinan Sijil Nikah)
  • 1 Salinan Surat Tawaran Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta mempunyai tarikh pendaftaran ke masukan IPT
  • 1 Salinan Buku Akaun/Penyata Bank/Surat Pengesahan Pembukaan Akaun pemohon.
    – Bank yang aktif sahaja
    – Akaun Bersama tidak dibenarkan.
    – Pastikan nama dan nombor akaun jelas.
  • 1 Salinan sijil berhenti sekolah rendah dan 1 salinan sijil berhenti sekolah menengah pemohon.
  • 1 Salinan bidang pengajian yang mempunyai PENDAFTARAN MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY (MQA)
    – Anda boleh cetak salinan pengesahan MQA DI SINI

**Sila lampirkan salinan dokumen berikut yang telah disahkan oleh Wakil Rakyat/Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas)/Pengerusi JAPERUN/Penghulu/Sidang.

CARA MEMOHON

Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan boleh membuat permohonan bantuan dalam tempoh enam bulan dari tarikh pendaftaran di IPT. Dapatkan borang permohonan bantuan di pejabat TAPEM pada waktu pejabat.

Lengkapkan borang permohonan dan sertakan dokumen sokongan yang disenaraikan di atas serta surat tawaran IPT. Dokumen yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

  • Pengurus Besar, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka,
    No.34 – 4 Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang,
    Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya,
    75450 Melaka.
  • No. Telefon : 06-333 3333 sambungan 7550/7554

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma