Senarai Bantuan & Permohonan Bantuan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA)
Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah telah ditubuhkan pada tahun 1967 hasil daripada satu laporan yang dikenali dengan nama Laporan Suruhanjaya Antara Kerajaan (Inter Governmental Committee-I.G.C), yang antara lain memperuntukkan pembahagian tanggungjawab di antara Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Rakyat Negeri Sabah yang memerlukan bantuan-bantuan dan tidak mempunyai pendapatan tetap boleh mohon pelbagai jenis bantuan ditawarkan melalui JPKA secara atas talian dengan mudah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan bantuan JPKA.
Isi Kandungan
OBJEKTIF PENUBUHAN JPKA SABAH
Objektif penubuhan JPKA Sabah:
- Mewujudkan masyarakat yang mengamalkan budaya ikram selaras dengan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara
- Melahirkan masyarakat yang sejahtera dan bersatu melalui perkongsian tanggungjawab dan penyampaian perkhidmatan pembangunan sosial yang cekap dan berkesan
- Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar jabatan
- Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari
BANTUAN KEBAJIKAN
Senarai bantuan kebajikan di bawah jabatan ini adalah seperti berikut:
- Bantuan Am
- Bantuan Anak Yatim
- Bantuan Kanak-kanak
- Bantuan Orang Tua (BOT)
- Bantuan Penjagaan OKU/ Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Elaun Pekerja Cacat
- Bantuan OKU Tidak Bekerja
- Bantuan Segera
- Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas
- Bantuan Anak Pelihara
Semak syarat kelayakan bagi permohonan setiap bantuan di atas di laman https://jpka.sabah.gov.my/
DOKUMEN DIPERLUKAN
Permohonan mestilah dibuat bersama dokumen-dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan yang disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran
- Salinan surat beranak
- Laporan perubatan (jika berkaitan)
- Surat cerai (jika berkaitan)
- Sijil mati pasangan (jika berkaitan)
- Salinan no akaun bank
PERMOHONAN BANTUAN JPKA SABAH
Permohonan bantuan JPKA boleh dibuat dengan ikut panduan berikut:
- Download Borang Pengesanan Perkhidmatan/ Rujukan Awam di laman web https://jpka.sabah.gov.my/
- Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Bahagian/ Daerah yang berdekatan
Tempoh sesuatu permohonan itu dapat diluluskan adalah dari Satu (1) bulan dari tempoh penghantaran borang permohonan.