Permohonan Bantuan Sehingga RM2,000 Secara One-Off Dibuka Buat Sektor Pelancongan

Pelancongan Johor melahirkan kebimbangan dengan meneruskan pelaksanaan bantuan insentif One-Off daripada Sektor Pelancongan Negeri Johor kepada mereka yang terjejas khususnya kepada pemain industri pelancongan yang menjadi penyumbang dan pemangkin utama dalam pembangunan industri pelancongan.

Insentif yang ditawarkan ini selaras dengan Bajet Johor 2022 yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Johor pada 26 November 2021, bagi sektor pelancongan di bawah agenda Majestic Johor dengan peruntukan sebanyak RM1.64 juta.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran bantuan insentif buat Sektor Pelancongan di Johor.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan bantuan insentif one-off Sektor Pelancongan di Johor ini dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 8 Februari 2022 hingga 8 Mac 2022

KADAR BANTUAN & KATEGORI YANG LAYAK

Pemberian bantuan insentif one-off kepada Sektor Pelancongan di Johor adalah melibatkan kategori berikut:

  • Pemberian insentif One-Off RM2,000 kepada 207 pengusaha hotel bajet di negeri Johor yang berdaftar di negeri Johor.
  • Pemberian insentif One-Off RM1,000 kepada 233 pengusaha homestay yang berdaftar di negeri Johor.
  • Pemberian insentif One-Off RM2,000 kepada 187 agensi pelancongan yang berdaftar di negeri Johor.
  • Pemberian insentif One-Off RM1,000 kepada 621 pemandu pelancong berlesen yang berdaftar di negeri Johor.

SYARAT PERMOHONAN

Tawaran bantuan hanya dibuka kepada pengusaha sektor pelancongan di Johor yang memenuhi syarat permohonan seperti yang dinyatakan di bawah:

Agensi Pelancongan

Pengusaha Hotel Bajet Negeri Johor (MyBha JOHOR)

Pemandu Pelancong

Pengusaha Homestay

CARA MOHON

Tourism Johor komited untuk meneruskan pelaksanaan Insentif Sekaligus kepada Industri Pelancongan dalam usaha menyuntik semangat untuk terus hidup dan menghidupkan semula kegemilangan industri pelancongan domestik melalui permohonan bantuan dibuka kepada pemain industri pelancongan yang layak di negeri Johor.

Pengusaha Sektor Pelancongan di Johor yang memerlukan bantuan ditawarkan boleh buat permohonan sehingga 8 Mac 2022. Permohonan boleh diakses di pautan berikut:

Selain itu, Tourism Johor sentiasa bersama-sama pemain industri dalam usaha memfokuskan pasaran domestik bagi meneruskan perjuangan membina dan memulihkan daya saing industri dan yakin bantuan insentif ini dapat memberi sedikit manfaat & kelegaan bagi meringankan beban semua.

Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan insentif Sektor Pelancongan Johor yang ditawarkan, anda boleh terus ke laman www.tourismjohor.my

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma