Pindah Rumah Lebih 90 Hari? Ini Cara Tukar Alamat MyKad Yang Ramai Masih Keliru •Bermula Jun Ini, MyKad & Pasport Malaysia Akan Jadi Lebih Canggih •Nak Masuk Universiti Global, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP)? Ini Laluan Yang Ramai Pelajar Cemerlang Pilih •Masuk Universiti Bukan Macam Sekolah Lagi. Ini Realiti Yang Pelajar Baru Wajib Tahu •Nak Diserap Jadi Staff Tetap Lepas Intern? Ini Yang Majikan Sebenarnya Nilai Pada Anda • Pindah Rumah Lebih 90 Hari? Ini Cara Tukar Alamat MyKad Yang Ramai Masih Keliru •Bermula Jun Ini, MyKad & Pasport Malaysia Akan Jadi Lebih Canggih •Nak Masuk Universiti Global, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP)? Ini Laluan Yang Ramai Pelajar Cemerlang Pilih •Masuk Universiti Bukan Macam Sekolah Lagi. Ini Realiti Yang Pelajar Baru Wajib Tahu •Nak Diserap Jadi Staff Tetap Lepas Intern? Ini Yang Majikan Sebenarnya Nilai Pada Anda •

Permohonan Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan Dibuka Buat Penternak Kecil Ruminan

Oleh Cikgu Shaari • April 8, 2022 • 2 min baca

Permohonan Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan Dibuka Buat Penternak Kecil Ruminan
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Penternak kecil ruminan yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dipelawa untuk mohon Bantuan Insentif Makanan ternakan Ruminan melalui Skim Harga Bersubsidi Dedak Isirong Sawit (PKC) yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Melalui insentif bantuan yang ditawarkan, penternak kecil akan mendapat manfaat harga bekalan makanan ruminan yang lebih rendah selaras dengan konsep ekonomi kitaran. Ini adalah salah satu usaha JPEV membantu penternak kecil dalam meringankan beban.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan dan panduan buat permohonan.

BANTUAN INSENTIF MAKANAN TERNAKAN RUMINAN

Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan melalui Skim Harga Bersubsidi Dedak Isi Rong Sawit diwujudkan bagi membolehkan penternak kecil ruminan mendapatkan bekalan makanan ternakan dengan harga lebih murah selaras dengan konsep ekonomi kitaran.

Insentif ini sekaligus akan mengurangkan harga ruminan di pasaran yang dapat membantu penternak kecil mendapatkan bekalan ruminan dengan harga yang murah.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan boleh dibuat sehingga:

  • Tarikh tutup: 31 Mei 2022

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada penternak kecil yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Pemohon berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan mempunyai ID Premis (Pendaftaran hendaklah pada atau sebelum 31 Disember 2021)
  • Makanan ternakan mestilah menggunakan Dedak Isirong Sawit (PKC)
  • Mestilah penternak berskala kecil dengan kategori ternakan seperti di bawah:
    a) Lembu/ Kerbau: 50 ekor dan ke bawah
    b) Kambing/ Bebiri: 100 ekor dan ke bawah

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan bantuan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan di atas, anda mestilah menghantar permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor/ Pejabat Perkhidmatan Veterinar yang berhampiran pada atau sebelum 31 Mei 2022.

Penghantaran selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Hantar dokumen dinyatakan di atas bersama borang permohonan yang lengkap diisi. Borang Permohonan boleh dimuat turun di bawah:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.