Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Secara One-Off Kini Dibuka

Kerajaan negeri Melaka kini telah membuka tawaran Bantuan Khas Ibu Tunggal untuk ibu tunggal di negeri ini yang memerlukan. Bantuan Khas Ibu Tunggal ini disediakan bagi membantu meringankan beban ibu tunggal yang mempunyai anak yang masih bersekolah bagi menghadapi alam persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

Permohonan Bantuan Khas ibu Tunggal ini telah dibuka mulai 5 Ogos 2022 dan boleh dibuat secara fizikal dengan mendapatkan borang permohonan di lokasi yang dinyatakan atau muat turun di perkongsian ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bagi Bantuan Khas Ibu Tunggal kerajaan negeri Melaka boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 5 Ogos 2022 hingga 31 Ogos 2022

SYARAT KELAYAKAN

Bantuan Khas Ibu Tunggal dipelawa kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia dan menetap di Melaka
  • Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) seperti dalam tafsiran definisi Ibu Tunggal
  • Mempunyai pendapatan isi rumah di bawah PGK iaitu sebanyak RM1,289.00 atau RM337 per-kapita
  • Mempunyai tanggungan berusia 17 tahun ke bawah serta masih bersekolah
  • Ibu yang telah diceraikan secara hidup atau mati dan masih mempunyai tanggungan
  • Mempunyai suami tidak berupaya untuk bekerja disebabkan sakit terlantar atau Orang Kelainan Upaya (OKU) atau tidak berkemampuan untuk bekerja (banduan)
  • Ibu tunggal yang mempunyai anak angkat beserta dokumen pengangkatan yang sah

CARA MOHON

Individu yang memenuhi syarat kelayakan dan memerlukan bantuan ditawarkan  boleh buat permohonan secara manual. Permohonan boleh dibuat dengan mendapatkan borang permohonan di lokasi berikut:

  • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka,
    Aras 15, Menara Persekutuan, Jalan Persekutuan,
    75450 Ayer Keroh, Melaka
  • Kompleks-kompleks JAPERUN berdekatan

Dapatkan senarai lokasi JAPERUN berdekatan di bawah:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka, anda boleh hubungi Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka di talian 06 231 0334.

Anda juga boleh muat turun borang permohonan di bawah:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma