Cara Mohon Bantuan KWSP RM5,000 Jika Tidak Mampu Bekerja

Ramai yang tidak tahu selain daripada faedah dividen tahunan KWSP dan faedah khairat kematian RM2500 oleh KWSP, pencarum juga layak untuk memohon faedah berjumlah RM5,000 jika sudah tidak mampu bekerja.

Pengeluaran Hilang Upaya membolehkan Ahli mengeluarkan semua simpanan KWSP jika keadaan keupayaan fizikal atau mental Ahli terjejas sehingga menghalang Ahli untuk bekerja. Bagi ahli yang layak akan menerima RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan Pengeluaran dan Bantuan Hilang Upaya.

SYARAT MEMOHON

Hanya individu yang memenuhi syarat berikut sahaja layak untuk membuat Pengeluaran atau Bantuan Hilang Upaya:

Pengeluaran Hilang Upaya (Pengeluaran baki simpanan)

  • Warganegara Malaysia
  • Dibawah umur 60 tahun
  • Ada simpanan di dalam KWSP
  • Tidak lagi bekerja
  • Disahkan oleh pegawai perubatan telah hilang upaya fizikal atau mental
  • Mesti dinilai oleh Lembaga Perubatan KWSP. Temujanji penilaian oleh Lembaga Perubatan KWSP akan ditetapkan ketika penyerahan permohonan di kaunter

Bantuan Hilang Upaya (RM5000)

  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai usia 60 tahun
  • Tempoh perkhidmatan akhir sebelum ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan berterusan.
  • Ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan di atas alasan ketidakupayaan untuk bekerja
  • Mengemukakan permohonan pengeluaran di dalam tempoh 12 bulan dari tarikh ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan
Nota:
1. KWSP berhak untuk membuat pengesahan semua laporan perubatan yang dikemukakan dengan institusi perubatan yang berkenaan.
2. Jika Lembaga Perubatan KWSP berpendapat bahawa ahli tersebut tidak dapat menjaga hal ehwal diri sendiri ataupun hal ehwal kewangannya, pembayaran boleh di buat kepada mana-mana orang yang layak mengikut pertimbangan KWSP.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disediakan untuk membuat permohonan Pengeluaran dan Bantuan Hilang Upaya KWSP:

  • Borang KWSP 9L (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
  • Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal
  • Laporan perubatan asal dari Institusi Perubatan dengan tandatangan, nama penuh, jawatan, nombor pendaftaran MMC/MPM dan bidang pegawai perubatan yang merawat.
  • Buku bank/penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/Surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Maklumat pemegang akaun
  • Surat penamatan perkhidmatan dari majikan (wajib untuk sektor awam/pilihan untuk sektor lain)

SAMPEL LAPORAN PERUBATAN

Untuk permohonan pengeluaran secara manual, sila bawa bersama borang permohonan berikut bersama dokumen di atas ke cawangan KWSP berdekatan:

BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN HILANG UPAYA

Nota: Pastikan semua salinan dokumen DISAHKAN dan DIAKUI oleh orang yang diberi kuasa. (Lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP).

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan pengeluaran atau Bantuan Hilang Upaya, anda boleh terus ke cawangan KWSP berdekatan bersama dokumen di atas.

CARA PEMBAYARAN

Bayaran Dalam Negara

  • Bayaran penuh di dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kreditkan ke dalam akaun anda. Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel dan nombor pengenalan sama dengan rekod ban
  • Anda akan diberi Cek Jurubank (jika bayaran ke akaun anda gagal)

Bayaran Luar Negara

  • Bayaran penuh akan dibuat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan anda. Jika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkan
  • Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang US Dolar. Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan Pengeluaran dan Bantuan Hilang Upaya, anda boleh terus ke laman web kwsp.gov.my atau hantar pertanyaan anda DI SINI.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma