Terkini: Bantuan Khas Covid (BKC) Akan Diteruskan, Ini Penjelasan Menteri Kewangan
Selaras dengan komitmen Kerajaan untuk meneruskan agenda prihatin rakyat, sukacita dimaklumkan bahawa sehingga hujung tahun ini, kerajaan akan menyalurkan Bantuan Tunai langsung kepada rakyat berjumlah 10 bilion ringgit. Namun, kerajaan kini bertukar. Pasti orang ramai tertanya-tanya bagaimana dengan status Bantuan Khas Covid (BKC) kan?
Untuk makluman anda, Kementerian Kewangan memberi jaminan akan meneruskan bantuan-bantuan yang pernah disalurkan kerajaan sebelum ini termasuk Bantuan Khas Covid-19 (BKC).
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penjelasan Menteri Kewangan berkenaan bantuan-bantuan yang telah diumumkan sebelum ini.
Isi Kandungan
PENJELASAN BANTUAN BKC
Kementerian Kewangan memberi jaminan akan meneruskan bantuan-bantuan yang pernah disalurkan kerajaan sebelum ini termasuk Bantuan Khas Covid-19 (BKC).
Perkara ini dimaklumkan oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika diminta mengulas mengenai keluhan orang ramai mengenai bantuan BKC yang sepatutnya diagihkan pada bulan ini.
Mengenai bantuan yang telah diumumkan sebelum ini, ada lagi bantuan-bantuan dan semestinya ia diteruskan.
Saya percaya Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) akan membuat pengumuman mengenai bantuan-bantuan ini dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita.
PEMBERIAN BKC MENGIKUT KATEGORI
Kerajaan sebelum ini di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian BKC dengan kadar dan kategori seperti berikut:
Miskin Tegar
- Isi Rumah
– Ogos: RM500
– November: RM500
– Disember RM300 - Bujang
– Ogos: RM200
– November: RM300
Golongan B40
- Isi Rumah
– Ogos: RM500
– Disember RM300 - Bujang
– Ogos: RM200
Golongan M40
- Isi Rumah
– Ogos: RM250 - Bujang
– Ogos: RM100
Nak tahu tarikh lebih terperinci pemberian Bantuan Khas Covid, anda boleh rujuk di bawah:
Tengku Zafrul antara bekas menteri yang dilantik semula dalam barisan Kabinet baharu dan majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Setia, Sumpah Simpan Rahsia dijadual berlangsung pada 2.30 petang, Isnin di Istana Negara.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berpendapat dasar-dasar sedia ada yang bagus akan diteruskan oleh Kementerian Kewangan bagi memacu semula ekonomi negara. Selain itu, katanya program dan rancangan akan diumumkan dalam masa terdekat dengan mengambil kira perkembangan semasa dan keadaan ekonomi yang bersifat dinamik.