Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Cara Mohon Bantuan RM200 Sebulan Selama 6 Bulan Buat Mangsa Banjir Di Pahang

Oleh Cikgu Shaari • December 30, 2021 • 2 min baca

Cara Mohon Bantuan RM200 Sebulan Selama 6 Bulan Buat Mangsa Banjir Di Pahang
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Menteri Besar Pahang telah memaklumkan mangsa banjir di negeri Pahang yang kehilangan kediaman dalam bencana banjir yang berlaku baru-baru ini akan menerima bantuan RM200 setiap bulan dalam tempoh yang ditetapkan bagi meringankan beban mereka.

Bantuan berkenaan akan diberikan kepada ketua isi rumah yang layak untuk digunakan bagi memulakan hidup selepas bencana itu. Kerajaan negeri kini sedang mengumpulkan data mengenai mereka yang kehilangan kediaman dalam banjir ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan mangsa banjir Pahang dan cara buat permohonan.

KADAR BANTUAN

Menurut kerajaan negeri, bantuan akan disalurkan kepada mangsa yang layak seperti berikut:

  • RM200 sebulan selama 6 bulan (RM200 x 6 = RM1,200)

Kerajaan negeri akan mendapatkan data daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pejabat daerah. Apabila permohonan mereka diproses, mereka yang layak akan terima bantuan RM200 setiap bulan.

SYARAT KELAYAKAN

Individu yang layak menerima bantuan ini adalah:

  • Merupakan mangsa banjir
  • Mangsa banjir yang kehilangan kediaman dalam bencana banjir

CARA MEMOHON BANTUAN BANJIR PAHANG

Mangsa banjir yang kehilangan rumah akibat benaca itu boleh buat permohonan dengan lengkapkan borang permohonan dan ikut langkah berikut:

  1. Muat turun dan lengkapkan borang permohonan disediakan
  2. Hantar terus ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat
  3. Selain itu, dokumen boleh dimuat turun melalui Pengumuman di Postal Rasmi Negeri Pahang dan Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Pahang

Klik butang di bawah untuk download borang permohonan:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN IHSAN NEGERI PAHANG

PROSEDUR PENYALURAN BANTUAN

Berikut adalah prosedur penyaluran bantuan kerajaan negeri dan persekutuan buat mangsa-mangsa banjir di negeri Pahang:

Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan ini, anda dinasihatkan untuk hubungi JPKK di daerah masing-masing.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.