Bantuan Awal Persekolahan RM100 Buat Pelajar Sekolah Rendah & Menengah Di Johor

Kerajaan negeri Johor menyalurkan bantuan awal persekolahan berjumlah RM20.5 juta kepada lebih 200,000 pelajar sekolah rendah dan menengah yang layak di negeri ini. Menurut Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, peruntukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (PKNJ) itu merupakan Agenda Johor Berkebajikan yang diumumkan dalam Belanjawan Johor 2021.

Pemberian bantuan tersebut diberi dengan harapan dapat membantu ibu bapa untuk membeli barangan kelengkapan persekolahan bagi anak-anak bersekolah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan awal persekolahan negeri Johor.

JUMLAH BANTUAN

Seramai 200,000 pelajar sekolah di Johor akan terima bayaran bantuan awal persekolahan masing-masing berjumlah:

  • RM100 setiap pelajar

PELAJAR YANG LAYAK

Bantuan one-off tersebut akan diberikan kepada:

  • Pelajar sekolah rendah dan menengah
  • Pelajar daripada keluarga berpendapatan antara RM3,000 hingga RM7,000

PENYALURAN BANTUAN

Penyaluran bantuan ini akan ditentukan oleh pihak sekolah masing-masing sama ada:

  • Memanggil ibu bapa untuk mengambil bantuan tersebut secara tunai; ATAU
  • Memasukkan ke dalam akaun ibu bapa pelajar

Ibu bapa yang ada anak bersekolah di negeri Johor diminta untuk buat semakan penerimaan dengan menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing untuk tahu kelayakan penerimaan bantuan RM100.

Sumber

Bantuan Awal Persekolahan RM100 Buat Pelajar Sekolah Rendah & Menengah Di Johor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma