Permohonan Bantuan Awal Pelajar Baharu UMK Secara One-Off Kini Dibuka

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti Malaysia Kelantan membuka permohonan bantuan zakat (kewangan one-off) kepada pelajar baharu kategori asnaf bagi sesi September 2022. Pelajar yang berkelayakan dan memerlukan bantuan ditawarkan boleh buat permohonan dalam tempoh permohonan dibuka.

Permohonan mestilah dibuat dengan mengisi borang permohonan secara atas talian di pautan disediakan bermula 13 Oktober 2022. Bantuan disasarkan kepada pelajar baru yang memerlukan bagi menyokong aspek keperluan makan dan pengajian berdasarkan syarat-syarat dinyatakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran bantuan dan panduan buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Bantuan Awal Pelajar Baharu Universiti Malaysia Kelantan dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 13 Oktober 2022 hingga 18 Oktober 2022

SYARAT KELAYAKAN

Syarat-syarat pelajar yang layak memohon adalah seperti berikut :-

  • Pelajar baru sesi September 2022/2023 (muslim)
  • Pelajar Ijazah Sarjana Muda
  • Pendapatan isi rumah RM3,800 dan ke bawah

CARA MOHON

Permohonan bagi pelajar yang berkelayakan mestilah dibuat dalam tempoh permohonan dibuka dengan mengisi borang permohonan di pautan berikut:

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan tawaran bantuan kewangan, anda oleh terus hubungi hotline zakat di talian 01112233446.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma