Mohon Bantuan Baucar Makanan Artis Covid-19 Sehingga RM220 Buat Bujang & Isi Rumah

Bantuan Makanan Artis Covid-19 merupakan usahawan antara Yayasan Sime Darby dan CENDANA bagi membantu penggiat seni Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak yang terjejas akibat pandemik.

Penggiat seni yang memerlukan bantuan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan boleh mohon bantuan  dengan melengkapkan borang yang boleh didapati di bawah. Permohonan dibuka khas untuk penggiat seni dari kategori bujang dan isi rumah.

Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan bantuan di perkongsian bawah.

KRITERIA PERMOHONAN

Antara kriteria permohonan yang perlu dipenuhi untuk mohon Bantuan Makanan Artis Covid-19 adalah:

  • Warganegara Malaysia dengan pengalaman dua tahun dalam sektor seni budaya
  • Artis, kolektif, kumpulan dan organisasi seni Malaysia di bawah sektor seni persembahan , seni visual, muzik independen, dan kraf yang mendapat pendapatan daripada persembahan, gig, pameran, penerbitan, aktiviti erapatkan seni, dan menyediakan perkhidmatan kepada seni
  • Bukan pekerja sepenuh masa, ahli lembaga pengarah, pengarah,pegawai atau ahli keluarga terdekat CENDANA atau Yayasan Sime Darby; dan
  • Kehilangan pendapatan/ terjejas teruk akibat impak pandemik

KADAR BAUCAR

Individu yang layak akan menerima baucar membeli-belah Lotuss (dahulunya dikenali sebagai TESCO) berjumlah:

  • Bujang: RM160
  • Berkeluarga: RM220
Nota: Bagi negeri atau kawasan yang tiada atau jauh dari Lotuss (dikenali sebagai TESCO sebelum ini), baucar beli-belah yang akan diberikan adalah mengikut pasar raya yang terdapat di kawasan penerima.

TARIKH PERMOHONANAN

Permohonan dibuka secara dua kitaran mengikut tarikh berikut:

Kitaran 3

  • Tarikh permohonan: 5 Julai hingga 11 Julai 2021
  • Tarikh notifikasi kepada pemohon berjaya: Bermula 5 Ogos 2021

Kitaran 4

  • Tarikh permohonan: 12 Julai hingga 18 Julai 2021
  • Tarikh notifikasi kepada pemohon berjaya: 12 Ogos 2021

CARA MOHON

Penggiat seni yang berkelayakan dan memerlukan bantuan yang ditawarkan boleh buat permohonan melalui pautan berikut:

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan program ini, anda boleh menghantar emel kepada info@cendana.com.my .

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma