E-Cencus: Banci Malaysia 2020 Dalam Talian Dilanjutkan Sehingga 21 Disember
![E-Cencus: Banci Malaysia 2020 Dalam Talian Dilanjutkan Sehingga 21 Disember](https://edubestari.com/wp-content/uploads/2020/10/E-Cencus_-Banci-Malaysia-2020-Dalam-Talian-Dilanjutkan-Sehingga-21-Disember-.png)
Sudahkah anda membuat bancian Malaysia 2020 secara online? Jika belum, anda perlu tahu bahawa bancian secara bersemuka untuk ketika ini tidak akan dilaksanakan akibat penularan wabak Covid-19 kini semakin meningkat. Ia bertujuan untuk mengelakkan para pembanci berhubung secara fizikal dengan orang ramai.
Berikutan dengan masalah tersebut, bancian dalam talian melalui sistem e-Census yang sepatutnya tamat 6 Oktober lepas kini dilanjutkan sehingga 21 Disember 2020.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pendaftaran banci secara online (e-Cencus).
Isi Kandungan
TARIKH PENTING BANCI 2020
Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang baru pendaftaran Banci Malaysia 2020:
- Pendaftaran banci secara online (e-Cencus): 7 Oktober sehingga 21 Disember 2020
- Banci secara bersemuka: 20 Januari 2021 sehingga 6 Februari 2021
PRA-PENDAFTARAN BANCI E-CENSUS
Untuk daftar banci secara online, anda perlu dapatkan Invitation Code melalui poskad yang dihantar terus ke rumah atau secara online melalui Pra-Pendaftaran e-Census.
Jika anda tidak menerima sebarang poskad, anda boleh dapatkan Invitation Code melalui Pra Pendaftaran e-Cencus di pautan berikut:
Anda akan menerima invitation code melalui email.
Anda akan menggunakan kod tersebut untuk membuat pendaftaran banci secara online.
CARA DAFTAR BANCI E-CENCUS
Berikut adalah cara menjawab soal selidik Banci 2020 menggunakan sistem e-Cencus:
- Layari laman web e-Cencus
- Klik butang ‘Pengguna Kali Pertama‘ untuk mendaftar e-Cencus. Kemaskini maklumat seperti nama penuh, alamat emel dan nombor telefon
- Masukkan INVITATION CODE dan klik DAFTAR
- Daftar dengan menggunakan One Time Password (OTP) yang dihantar melalui SMS telefon anda
- Masukkan Nombor Pengenalan Diri yang sah dan klik Seterusnya
- Sila jawab SEMUA soalan dan klik SETERUSNYA dan SAHKAN
- Notifikasi akan dihantar melalui Emel kepada anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai Banci 2020 melalui e-Cencus, anda boleh hubungi Jabatan Perangkaan menerusi talian 1800 88 7720 atau terus ke laman rasmi MyCencus.