Ciri-Ciri Baju Kurung Yang Sesuai & Tidak Sesuai Dipakai Untuk Hadir Temuduga
Pernah terfikir tak panel temuduga akan menilai baju kurung yang calon pakai? Mungkin nampak macam remeh, tetapi sebenarnya baju kurung yang dipakai pun akan dinilai! Seperti yang kita tahu, perkara pertama yang panel akan nampak pada diri calon pada saat melangkah masuk ke bilik temuduga adalah pemakaian calon.
Jadi sangat penting untuk calon memilih pemakaian yang betul dan sesuai untuk hadir ke temuduga. Jika nak tahu macam mana ciri-ciri baju kurung yang sesuai dipakai semasa temuduga, ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
CIRI-CIRI BAJU KURUNG YANG SESUAI
Berikut adalah ciri-ciri baju kurung yang sesuai untuk dipakai semasa menghadiri temuduga kerja:
- Pakai baju kurung yang diperbuat daripada fabrik ‘suiting’. Ia sesuai dipakai kerana nampak solid dan cantik terletak di badan.
- Pilih fabrik yang diperbuat daripada linen, thai silk dan cotton untuk kelihatan kemas.
- Baju kurung yang sesuai adalah tidak bercorak atau kosong
- Jika nak baju bercorak, cari yang berstekstur atau berjalur
- Pakai baju kurung dengan warna yang sesuai. Boleh cek DI SINI untuk warna yang sesuai untuk pemakaian ke temuduga.
- Anda boleh pakai baju berwarna lembut atau ton warna yang sedikit gelap.
- Baju yang mempunyai 1- 2 warna sahaja
- Pakai baju yang agak longgar dan nampak kemas.
CIRI-CIRI BAJU KURUNG YANG TIDAK SESUAI
Jika anda nak berikan tanggapan baik penemuduga terhadap anda, sila ELAKKAN daripada memakai baju kurung seperti berikut:
- Jangan sesekali pakai baju kurung atau jubah yang diperbuat daripada kain likra, jersey atau denim kerana kain jenis ini akan menunjukkan bentuk tubuh badan calon.
- Elakkan baju kurung yang bercorak bunga, gambar binatang atau corak yang terlalu besar.
- Baju kurung yang jenis lembut, beralun-aku seperti kain sifon atau satin juga tidak sesuai dipakai. Kain jenis ini menunjukkan bahawa anda seorang yang lemah gemalai serta tidak tegas dalam pendirian serta membuat tugasan.
- Jangan pakai baju berwarna terang macam nak pergi kenduri kahwin.
- Elakkan daripada memakai baju kurung yang terlalu banyak aksesori atau labuci berkelip-kelip atau tampalan bunga.
- Baju kurung jenis mengikut badan atau mencerut di bahagian pinggan sehingga menonjolkan bahagian tubuh badan
- Warna baju kurang yang terlalu banyak atau berwarna warni. Ia boleh menghilangkan fokus penemuduga dan kelihatan serabut.
- Baju kurung terlalu bersinar sehingga mata penemuduga terasa silau
- Baju yang terlalu ketat adalah sama sekali perlu dicegah.
Nak tahu tips pemakaian yang sesuai untuk menghadiri temuduga, baca DI SINI. Semoga dengan perkongsian ini calon yang akan menghadiri temuduga mendapat gambaran bagaimana baju kurung yang sesuai dipakai semasa ke temuduga nanti.
Selamat maju jaya!