Golongan Wanita Bakal Terima Manfaat Modal Perniagaan Melalui Ar Rahnu BizNita
Peruntukan khusus kepada golongan wanita menerusi Belanjawan 2021 yang diumumkan Jumaat lepas menjadi ‘batu loncatan’ kepada usahawan wanita untuk mengembangkan perniagaan sekali gus membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Sama seperti golongan lain seperti warga emas, OKU, belia, B40, M40 dan lain-lain, golongan wanita juga bakal menerima manfaat daripada kerajaan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Ar Rahnu Biznita.
Baca juga: Belanjawan 2021: Ini Senarai Peruntukan Bantuan Untuk Golongan B40 Dan M40
Isi Kandungan
RM50 JUTA UNTUK MENYOKONG AKTIVITI PEMBIAYAAN
Menerusi peruntukan yang dibentangkan, kerajaan menyediakan RM50 juta bagi menyokong aktiviti pembiayaan Islam melalui Ar Rahnu BizNita di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang bertujuan memperkasa golongan wanita dalam bidang keusahawanan.
Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM Parihah Hasan menzahirkan kesyukuran kerana buat pertama kali YaPEIM disebut dalam pembentangan Belanjawan 2021 menerusi peruntukan Ar Rahnu BizNita bagi memperkasa keusahawanan wanita melalui Program Mikro Kredit Ar Rahnu.
Baca juga: Belanjawan 2021: Ini Senarai Peruntukan Bantuan Untuk Belia
MATLAMAT AR RAHNU BIZNITA
Antara objektif Ar Rahnu BizNita adalah untuk:
- Meningkatkan aksesibiliti wanita kepada pembiayaan di bawah Program Mikro Kredit Ar Rahnu sebagai medium mendapatkan modal bagi tujuan perniagaan terutama bagi yang tidak mempunyai akses kepada pinjaman di institusi kewangan dengan menjadi emas sebagai aset mudah cair
- Menggalakkan wanita untuk menjadikan emas sebagai aset dan simpanan
- Menggalakkan keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan keluarga
- Menyumbang dalam pembangunan sosioekonomi
Baca juga: Belanjawan 2021 Lindungi OKU & Warga Emas, Ini Senarai Bantuan Yang Perlu Anda Tahu
CARA MOHON INSENTIF AR RAHNU BIZNITA
Untuk makluman anda Ar Rahnu BizNita yang bakal memberi manfaat kepada golongan wanita ini masih belum dibuka untuk permohonan. Permohonan akan dibuka pada tahun hadapan.
Peruntukan itu akan digunakan sebaiknya oleh YaPEIM bagi membolehkan matlamat dan objektif program itu dilaksana dengan jayanya sekali gus mencapai sasaran diharapkan.
Melalui sokongan dan dokongan diberikan kerajaan, YaPEIM yakin lebih ramai individu serta golongan sasar dapat dibantu bukan saja dalam meningkatkan taraf hidup mereka malah mampu menghasilkan modal insan berkualiti seperti yang dituntut dalam Islam.