Panel Temuduga Ini Kongsi Apa Yang Masih Kurang Pada Calon Temuduga
Bila dah terima panggilan atau tawaran menghadiri temuduga, mulalah macam-macam yang calon fikir. Bukan sahaja dari segi persediaan untuk menghadap penemuduga, tetapi pemakaian yang sesuai untuk temuduga nanti. Penting tau untuk calon fikir apa yang perlu dipakai untuk temuduga!
Walaupun ramai yang fikir pemakaian ke temuduga ini mudah kerana hanya perlu berpakaian formal, tetapi ada beberapa perkara yang perlu calon ambil perhatian agar tidak tersalah langkah! Penampilan yang baik dapat menarik pandangan penemuduga terhadap calon. Bukan sahaja penampilan, sebenarnya banyak lagi perkara yang calon temuduga terlalu ambil mudah.
Nak tahu apa yang masih kurang pada calon temuduga dari sudut pandangan seorang panel penemuduga? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui perkara yang masih kurang pada calon temuduga dan perlu diberi perhatian.
APA YANG MASIH KURANG PADA CALON TEMUDUGA?
Berikut adalah beberapa yang dikatakan masih kurang pada calon temuduga seperti yang diperhatikan oleh panel temuduga ini:
- Tidak memberi salam. Saya bagi kredit tambahan kepada calon saya yang ke 5 kerana orang pertama yang memberi salam
- Muka yang polos.. Tiada lipstick, bedak, bibir yang pusat, tidak bermaya.. Percayalah selepas 5 calon, kami penemuduga memerlukan sesuatu yang energik.. bukan muka toya tak bermaya.. tolong bantu kami untuk bantu anda
- Rambut yang serabai
- Tali leher yang longgar. Saya abaikan undang-undang warna kemeja vs tali leher
- Dokumen didalam sampul surat. Tolonglah membuat pelaburan membeli folder
- Hanya membawa diri dan transkrip ijazah. Nak nangis dapat calon begini. Takpelah dik, sila belajar membawa dokumen pencapaian diri anda semasa universiti/ kolej/ sekolah. Akak faham, baru habis study kan
- Gen Y.. sila google pasal syarikat sebelum ditemuduga.. Their achivement, their business, nama chairman dan ceo, dan lain-lain
- Suara macam sedang bercinta dengan penemduuga.. Tolong bagi tone dan lontaran suara yang jelas.. Jenuh akak pasang telinga tau
- Susunan sijil dalam folder.. caca marba.. jenuh nak cari sijil ijazah, diploma, SPM
- Buat yang masih belajar.. selain fokus study, sila juga aktif dalam sukan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain.. Not to be bias, tapi akak suka transkrip kokurikulum UNITEN.. Nampak dengan jelas semua aktiviti outdoor, indoor yang disertai. Penanda aras anda adalah calon yang all rounder
- Jangan memilik tempat kerja/ placement.. Kita tidak tahu tempat yang dipilih untuk ada apa hikmahnya.. Boleh bernegosiasi jika ada urusan yang lebih utama.. tapi meletak jawatan/ resign kerana tiada tempat tinggal menunjukkan anda calon yang tidak matang/ berdikari.. Jalan terus.. Jalan untuk menjadi dewasa.. Biarlah menangis berhari-hari tapi semangat Hang Tuah/ Serikandi Tun Fatimah biar membara
Bila dah tahu perkara-perkara yang masih kurang pada calon temuduga dari sudut pandangan seorang panel penemuduga ini, semoga anda semua dapat ambil iktibar dan sentiasa perbaiki kelebihan diri ya.
Semoga bermanfaat!