Analisa Punca Kegagalan Calon Temuduga Guru Yang Dikongsikan Dalam Taklimat SPP
Dalam talimat Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mengenai urusan temuduga dan pelantikan guru pada tahun 2013 ada kongsikan mengenai analisa kegagalan calon temuduga bagi pelantikan guru. Walaupun analisa ini bagi tahun 2013, namun calon perlu juga ambil perhatian bagi mengelakkan temuduga anda gagal nanti.
Analisa kegagalan dikeluarkan adalah bagi menilai kriteria calon yang tidak layak mendapat pelantikan guru atau dari arti kata lain akan gagal temuduga. Jadi, calon diminta ambil tahu kriteria bagaimana yang tidak layak mendapat pelantikan guru.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai analisa kegagalan atau kriteria yang boleh menyebabkan calon temuduga guru gagal.
Baca juga : Himpunan Soalan Popular Temuduga Guru SPP Tahun 2018 Hingga 2021 Untuk Rujukan Calon
Isi Kandungan
KRITERIA PENILAIAN DALAM TEMUDUGA
Berikut adalah kriteria penilaian dalam temuduga guru:
- Keterapilan Diri dan Sikap
- Keupayaan Berfikir dan Kemahiran Berkomunikasi
- Pengetahuan Am/ Isu Semasa Pendidikan
- Pengetahuan Bidang Tugas/ Ikhtisas
ANALISA KEGAGALAN TEMUDUGA
Berikut adalah analisa punca kegagalan calon semasa temuduga jawatan guru:
Kriteria 1: Keterampilan Diri dan Sikap
- Sikap tidak peduli/ tidak kisah
- Kurang bersedia untuk ditemu duga
- Tiada kesungguhan dalam berpakaian dan cara menjawab soalan
- Penampilan diri kurang memuaskan
Kriteria 2: Keupayaan Berfikir dan Kemahiran Berkomunikasi
- Penyampaian kurang menyakinkan, tidak tersusun dan tidak jelas
- Kurang penglibatan dalam perbincangan
- Tidak dapat memberi idea/ ulasan tentang isu yang dibincangkan dengan menyakinkan
Kriteria 3: Pengetahuan Am/ Isu Semasa Pendidikan
- Kurang menguasai pengetahuan am dan isu semasa pendidikan seperti dasar-dasar pembangunan pendidikan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Program Kerajaan untuk meningkatkan bidang pendidikan
Kriteria 4: Pengetahuan Bidang Tugas/ Ikhtisas
- Cetek ilmu pedagogi
- Lemah dari segi ‘content knowledge’ bidang
- Tidak boleh menjawab soalan berkaitan teknik/ kaedah/ pendekatan pengajaran dengan jelas dan menyakinkan
Baca juga: 84 Punca Calon Gagal Temuduga SPP & Kelemahan Ramai Calon Temuduga Guru
Dah tahu analisa kegagalan yang dikongsikan dalam taklimat SPP ini, masih belum terlambat untuk anda perbaiki diri anda dari sekarang!
Semoga bermanfaat.