11 Jenis Aktiviti Ekonomi Dibenarkan Beroperasi. Hanya Dibuka Kepada Individu Lengkap Vaksinasi, Ini Syaratnya
Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri, Kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan 11 aktiviti ekonomi mula beroperasi di negeri fasa 1 & 2 PPN yang telah mencapai kadar vaksinasi sekurang-kurangnya 50% penduduk dewasa berkuat kuasa 16 Ogos 2021.
Langkah ini diambil menerusi nasihat pakar berdasarkan kemajuan kadar vaksinasi penduduk dewasa serta keperluan sektor ekonomi untuk melangsungkan perniagaan terutamanya PKS dan PKS mikro. Kerajaan juga telah memutuskan untuk membenarkan pengoperasian 4 aktiviti ekonomi non-essential iaitu Pembuatan, Pembinaan, Pengkuarian dan Perlombongan dengan kapasiti pengoperasian bergantung kepada kadar vaksinasi lengkap pekerja.
Selain itu, individu lengkap vaksin juga dibenarkan untuk berkunjung ke taman rekreasi awam di bawah negeri Fasa 1 PPN bagi aktiviti riadah. Semak senarai aktiviti ekonomi yang dibenarkan beroperasi dan syarat berkunjung ke premis bagi individu yang lengkap divaksin.
Isi Kandungan
SYARAT INDIVIDU LENGKAP VAKSINASI
Pelanggan yang ingin memanfaat kemudahan ini mestilah lengkap vaksinasi seperti berikut:
- 2 Dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac)
– Selepas hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua - 1 Dos suntikan (Johnson & Johnson dan Cansino)
– Selepas hari ke-28 dari tarikh suntikan
TARIKH BERKUATKUASA
Aktiviti ekonomi yang dibenarkan beroperasi bagi negeri dalam Fasa 1 dan 2 PPN ini berkuatkuasa pada:
- Mulai 16 Ogos 2021
AKTIVITI EKONOMI YANG DIBENARKAN BEROPERASI
Berikut adalah senarai 11 aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran boleh kembali beroperasi di negeri fasa 1:
Kelonggaran yang diberikan tidak bermakna kita tidak lagi perlu menjaga SOP malah SOP haruslah dipatuhi setiap masa oleh pengusaha, pekerja serta pengunjung bagi memastikan keselamatan semua.
Semoga kelonggaran ini dapat memberi kelegaan kepada semua, terutamanya kepada pengusaha yang terjejas. Sama-samalah kita pikul tanggungjawab ini bagi memastikan kita dapat menang bersama.