Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Pulau Langkawi Dibuka Mulai 16 September, Ini 7 Jenis Aktiviti Yang Dibenarkan

Oleh Cikgu Shaari • September 6, 2021 • 2 min baca

Pulau Langkawi Dibuka Mulai 16 September, Ini 7 Jenis Aktiviti Yang Dibenarkan
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sekian lama rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti pelancongan, kini kita telah dimaklumkan bahawa Langkawi bersedia menerima kedatangan pelancong apabila pulau peranginan itu dibuka semula di bawah program gelembung pelancongan mulai 16 September 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib, berkata hampir semua produk pelancongan di pulau itu dijangka dibuka kepada pelancong tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditentukan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Walaubagaimanapun, SOP masih belum ditentukan dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Anda boleh lihat senarai aktiviti yang dibenarkan di Pulau Langkawi apabila dibuka nanti di perkongsian di bawah.

PEMBUKAAN SEMULA PELANCONGAN DI LANGKAWI

Pembukaan semula pelancongan di Pulau Langkawi mulai 16 September adalah seperti berikut:

  • Projek rintis untuk persediaan rapi pembukaan destinasi pelancongan lain
  • Dibuka kepada pelancong tempatan
  • Tertakluk kepada konsep gelembung pelancongan & syarat ditetapkan
  • SOP khusus dan terperinci bakal diumum, tertakluk pada perubahan semasa

SENARAI AKTIVITI DIBENARKAN

Berikut adalah senarai aktiviti yang dibenarkan beroperasi di Pulau Langkawi mulai 16 September 2021:

Hotel Dan Inap Desa

  • Termasuk semua fasiliti dalam premis terlibat
  • Aktiviti perniagaan (Mesyuarat, insentif, konvensyen & pameran)
  • Acara pelancongan & kebudayaan

Produk Tarikan Utama

  • Aktiviti pantai & sukan air
  • Selam permukaan & selam skuba
  • Pelancongan memancing
  • Pusat edutainment
  • Taman rekreasi
  • Sukan lasak/ pengembaraan
  • Taman semulajadi & ladang
  • Akuarium & zoo
  • Lain-lain kegiatan rekreasi, riadah & sosial

Minat Khas

  • Bermain golf
  • Berbasikal
  • Memancing
  • Pelayaran

Eko Geo Kembara

  • Berkhemah & mendaki gunung
  • Kembara gua & jungle trekking
  • Berakit redah jeram

Hasil Seni & Budaya

  • Muzium
  • Perpustakaan
  • Galeri seni
  • Pusat/ kampung seni warisan budaya
  • Pementasan persembahan budaya dan lain-lain

Taman Tema & Pusat Hiburan Akademik

  • Geopark Discovery Centre
  • Balai Seni
  • Laman Padi

Lawatan Akademik

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya Kedah, Mohd Firdaus Ahmad pula berharap pembukaan semula sektor pelancongan Langkawi mampu membawa keluar pulau itu daripada kemelut dan kelesuan industri yang dihadapi sejak hampir dua tahun.

Katanya aspek pematuhan SOP perlu sentiasa dititikberatkan bagi mengelakkan Langkawi menjadi seperti Phuket di Thailand dan Bali di Indonesia yang terlebih dahulu dibuka namun kini terpaksa ditutup kembali susulan penularan COVID-19.

Nota: Sebarang SOP pembukaan sektor pelancongan di Pulau Langkawi akan dimaklumkan sekiranya terdapat maklumat terbaru.
Sumber

 

Sumber gambar: BERNAMA

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.