Pencen Askar 2026: Berapa Kadar Pencen Veteran ATM Selepas SSPA Fasa 2? Ini Anggaran & Tarikh Bayaran •Umur Pengeluaran KWSP 2026: Ini Peraturan Baharu Akaun Fleksibel, Sejahtera & Persaraan (Ramai Masih Keliru) •Gaji Berapa Kena PCB 2026? Ini Anggaran Gaji Yang Mula Kena Potongan Cukai Bulanan (Ramai Salah Faham) •Cara Share Location Google Maps (Live Location) 2026: Panduan Lengkap Untuk Keselamatan & Mudah Jejak Lokasi •22 Inisiatif BKJ Fasa 4 Johor: RM138 Juta Bantuan Untuk Lebih 600,000 Rakyat (Senarai Penuh & Kelayakan) • Pencen Askar 2026: Berapa Kadar Pencen Veteran ATM Selepas SSPA Fasa 2? Ini Anggaran & Tarikh Bayaran •Umur Pengeluaran KWSP 2026: Ini Peraturan Baharu Akaun Fleksibel, Sejahtera & Persaraan (Ramai Masih Keliru) •Gaji Berapa Kena PCB 2026? Ini Anggaran Gaji Yang Mula Kena Potongan Cukai Bulanan (Ramai Salah Faham) •Cara Share Location Google Maps (Live Location) 2026: Panduan Lengkap Untuk Keselamatan & Mudah Jejak Lokasi •22 Inisiatif BKJ Fasa 4 Johor: RM138 Juta Bantuan Untuk Lebih 600,000 Rakyat (Senarai Penuh & Kelayakan) •

Tawaran Program Sijil & Diploma Kemahiran Malaysia Di Akademik Kemahiran KEMAS Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • November 8, 2022 • 2 min baca

Tawaran Program Sijil & Diploma Kemahiran Malaysia Di Akademik Kemahiran KEMAS Dibuka
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar membuka tawaran Keluarga Malaysia yang berusia 18-30 tahun berminat dengan jahitan untuk mengikuti Program Persijilan & Diploma Kemahiran Malaysia seperti ditawarkan.

Sijil Kemahiran Malaysia ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di Kementerian Sumber Manusia. Bagi yang berminat, pastikan anda buat permohonan bagi pengambilan Januari 2023 .

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan cara mohon di sini.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Penganjur: KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
  • Tempat: Akademik Kemahiran KEMAS Seri Iskandar & Gopeng
  • Pengambilan: Januari 2023

PROGRAM DITAWARKAN

Antara program pengajian ditawarkan adalah:

Akademik Kemahiran KEMAS Seri Iskandar

  • Pembuatan Pakaian Wanita Tahap 3 (TA-011-4-4:2013)
  • Pentadbiran Fesyen dan Pakaian Tahap 4 (TA-011-4:2013)

Akademik Kemahiran KEMAS Gopeng

  • Penyediaan & Pembuatan Makanan Tahap 2 (HT-012-2:2012)
  • Penyediaan & Pembuatan Makanan Tahap 3 (HT-012-3:2012)
  • Jahitan Pakaian Lelaki Tahap 2 (C141-001-2:2017)

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Akademi Kemahiran KEMAS menyediakan kemudahan seperti berikut kepada pelatih:

  • Yuran ditaja oleh KEMAS
  • Asrama disediakan
  • Fasiliti Pembelajaran disediakan
  • Elaun bulanan
    Sijil: RM250
    Diploma: RM300

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran kemasukan Akademik Kemahiran KEMAS pengambilan Julai 2022 dibuka kepada individu yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18-30
  • Sihat tubuh badan
  • Bujang
  • Keutamaan kepada calon daripada keluarga yang berpendapatan rendah
  • Calon yang telah konvokesyen akan diberi keutamaan

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan program ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan bagi mengikuti program pengajian tersebut melalui borang permohonan dinyatakan di bawah:

BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN AKADEMI KEMAHIRAN KEMAS

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kampus di talian 05 3712102 atau 05 3572527.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.