Permohonan Agihan Zakat Pelajar Institusi Pondok Negeri Kedah RM500 Kini Dibuka

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mempelawa pelajar Pondok di negeri Kedah mohon bantuan Agihan Pelajar Pengajian Pondok Negeri Kedah yang ditawarkan. Agihan ini disediakan kepada rakyat negeri Kedah yang sedang mengikuti pengajian pondok secara sepenuh masa di pusat-pusat pengajian pondok di Negeri Kedah.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi permohonan secara atas talian sebelum 6 Disember 2021 melalui laman permohonan yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut agihan bantuan yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

KADAR BANTUAN

Pelajar yang layak akan terima agihan bantuan sebanyak:

  • RM500

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan adalah dibuka kepada pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Pelajar sedang menetap atau bermastautin di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun
  • Pelajar berumur antara 13 hingga 25 tahun pada tahun 2021
  • Pelajar sedang menuntut pengajian di Pondok secara sepenuh masa sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Tempat Pengajian (Pondok) berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon (pelajar)
  • Salinan Kad Pengenalan Waris
  • Salinan Sijil Pendaftaran Pondok dibawah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah atau JAKIM (https://simpeni.islam.gov.my/)
  • Salinan Akaun Bank Pemohon
  • Borang Pengesahan Status Pengajian oleh Pusat Pengajian (Muat turun DI SINI)

Bagi borang pengesahan status pengajian, pihak yang dibenarkan untuk membuat pengesahan adalah dalam kalangan pentadbir Madrasah/ Pondok yang memiliki autoriti sahaja seperti Mudir, Timbalan Mudir, Pegawai Tadbir Pondok, Pengurus Pondok dan lain-lain.

CARA MOHON

Sekiranya anda memerlukan bantuan yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan ikut langkah berikut:

  1. Pergi ke laman web http://ipt.zakatkedah.com.my/iptonline
  2. Klik butang Permohonan Baru
  3. Lengkapkan maklumat yang diminta di ruangan yang disediakan dengan tepat
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan
  5. Klik butang ‘Hantar Permohonan’

Untuk maklumat lanjut mengenai Agihan Zakat  Pelajar Pondok, anda boleh hubungi Bahagian Pendidikan LZNK di talian 04 733 1740 atau WhatsApp ke 013 4592071.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma