Permohonan Agihan Zakat Guru Agama Tahun 2022 Secara Online Dibuka

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kini membuka tawaran bantuan Agihan Zakat Guru Agama bagi tahun 2022 kepada Guru Agama yang mengajar dalam negeri Kedah dan berpendapatan RM2,000 ke bawah. Guru Agama yang berkelayakan dan memerlukan bantuan ditawarkan boleh buat permohonan secara atas talian.

Permohonan boleh dibuat melalui Sistem Permohonan Agihan Zakat yang disediakan khas oleh LZNK sehingga tarikh tutup iaiu 15 Mac 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan agihan zakat ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Agihan Zakat Guru Agama Lembaga Zakat Negeri Kedah tahun 2022 dibuka sehingga:

  • Tarikh tutup: 15 Mac 2022

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia, beragama Islam dan berumur 17 tahun dan keatas.
  • Pemohon mestilah lahir di Negeri Kedah/ Menetap di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  • Pemohon mestilah mengajar dalam negeri Kedah sahaja.
  • Pemohon mestilah berpendapatan kasar (gaji pokok beserta elaun) tidak melebihi RM 2,000.00 sebulan.
  • Masa mengajar tidak kurang dari tempoh 1 jam.
  • Jumlah pelajar sekurang-kurangnya 10 orang.
  • Kelas pengajian mestilah tidak kurang 12 kali setahun.
  • LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan jelas.

KAEDAH PERMOHONAN

Sekiranya anda ingin memohon bantuan zakat yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan di atas, pastikan anda buat permohonan selewat-lewatnya 15 mac 2022. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) menerusi Sistem Permohonan Agihan Zakat di pautan berikut:

Pastikan anda memilih Agihan Zakat Guru Agama semasa buat permohonan dan muat naik lampiran dokumen-dokumen berikut:

  • Kad Pengenalan pemohon
  • Slip gaji, penyata pendapatan surat pengesahan pendapatan (bagi yang tidak bekerja atau yang tiada slip gaji)
  • Pengesahan akaun bank pemohon (selain ASB dan Tabung Haji)
  • Hanya permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan sahaja akan dipertimbangkan

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan Agihan Zakat Guru Agama, anda boleh berhubungi dengan Bahagian Operasi Agihan di talian 03 7331740 atau Whatsapp 019 5962155.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma