Semakan & Permohonan

Permohonan Zakat Awal Persekolahan Sehingga RM200 Pelajar Pra Sekolah, Sekolah Rendah & Sekolah Menengah

February 20, 2023Oleh Cikgu Shaari2 min baca

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyediakan bantuan menerusi agihan zakat awal persekolahan sebanyak RM3 juta tahun ini berbanding RM1 juta sebelum ini.

Permohonan dikalangan Asnaf Fakir Miskin Negeri Pahang yang berdaftar sebagai penerima bantuan dan tahunan layak memohon Agihan Zakat Awal Persekolahan tahun 2023. Bantuan tunai yang ditawarkan ini adalah bagi memudahkan urusan pendaftaran anak Pra Sekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Agihan Zakat Awal Persekolahan tahun 2023 dibuka sehingga:

  • Tarikh tutup: 28 Februari 2023

KADAR BANTUAN

Bantuan awal persekolahan diwujudkan bagi membantu ibu bapa daripada golongan asnaf untuk membuat persiapan bagi sesi persekolahan akan datang, di samping memberi suntikan semangat kepada murid untuk terus menuntut ilmu

Kadar bantuan yang ditawarkan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:

  • Pelajar Pra Sekolah: RM100
  • Pelajar Sekolah Rendah: RM150
  • Pelajar Sekolah Menengah: RM200

SYARAT KELAYAKAN

Syarat permohonan bantuan adalah:

  • Pemohon dalam kalangan asnaf fakir miskin dan asnaf mualaf yang berdaftar di negeri Pahang sahaja
  • Mereka yang berdaftar dengan MUIP sebagai penerima bantuan bulanan dan tahunan

CARA MOHON

Ibu bapa yang berkelayakan dan memerlukan bantuan ditawarkan boleh buat permohonan secara atas talian melalui laman web disediakan sehingga 28 Februari 2023.  Permohonan boleh dibuat melalui laman web berikut:

Kira-kira 34,924 individu layak menerima bantuan awal persekolahan dan bantuan berkenaan antara usaha dilakukan MUIP bagi membantu golongan asnaf secara berterusan di negeri ini.

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda