AEON Credit Management Trainee Programme: Tawaran Program Latihan Pengurusan AEON Buat Graduan
Anda merasakan anda mempunyai kriteria yang diperlukan untuk menjadi pemimpin generasi seterusnya dalam sektor kewangan? AEON Credit Service (M) Berhad percaya dalam membangunkan bakat muda dan memaksimum potensi mereka untuk berkembang maju pada masa hadapan serta menyediakan pertumbuhan peribadi dan profesional jangka panjang.
AEON Credit Service (M) Berhad menawarkan program pelatih pengurusan berstruktur yang akan membuka peluang yang luas untuk kemajuan kerjaya, memperoleh kemahiran dan pengetahuan baharu untuk menyokong AEON berkembang pesat.
Graduan yang berminat untuk sertai program bina kerjaya yang ditawarkan oleh AEON ini boleh mohon segera, jangan lepaskan peluang ini!
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama majikan: AEON Credit Service (M) Berhad
- Nama program: AEON Credit Management Trainee Programme
- Tempoh program: 18 bulan
- Penempatan: Bergilir dalam pelbagai jabatan
KELEBIHAN PROGRAM
Antara kelebihan mengikuti program latihan yang ditawarkan adalah:
- Peluang mendapat penempatan kerja tetap
- Gaji permulaan RM3,600
- Jika tamat latihan dengan berjaya dan berjaya mendapat penempatan jawatan, gaji ditawarkan RM5,500 (T&C apply)
- Kelayakan bonus
- Pelbagai kelebihan menarik
SYARAT KELAYAKAN
Pengambilan graduan bagi kemasukan AEON Credit Management Trainee Programme adalah terbuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia
- Graduan baharu dengan kelayakan Ijazah Sarjana Muda
- Tamat pengajian dengan First Class Honours atau minimum CGPA 3.5 dan ke atas
- Kemahiran komunikasi yang baik
- Pernah memegang jawatan kepimpinan di sekolah atau universiti
- Mampu bekerja secara berpasukan, bertenaga dan bermatlamat tinggi
- Bersemangat dan komited untuk menyumbang ke arah pembinaan kerjaya
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat untuk bina kerjaya melalui program yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan sekarang dengan menghantar RESUME ke alamat email berikut:
- recruitment@aeoncredit.com.my
Anda boleh terus email ke alamat tersebut sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau terus ke laman www.aeoncredit.com.my untuk maklumat lebih lanjut program ditawarkan.