Cara Buat Aduan Kualiti Makanan Ke Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan KKM Jika Makanan Dibeli Rosak
Anda beli makanan dan terima makanan yang dah rosak atau kotor? Tahu tak sebenarnya anda boleh buat aduan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mudah.
Anda boleh gunakan hak anda sebagai pengguna untuk membuat aduan kerana kita sepatutnya mendapat kualiti makanan yang terbaik dari penjual.
Isi Kandungan
KAWALAN KUALITI MAKANAN
Di Malaysia, kawalan ke atas keselamatan dan kualiti makanan terletak di bawah bidang kuasa KKM. Di bawah Akta Makanan 1983, KKM khususnya Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab untuk melindungi orang ramai daripada bahayanya daripada segi kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.
MASALAH KUALITI MAKANAN
Anda boleh buat aduan ke atas masalah-masalah kualiti makanan seperti berikut:
- Terdapat bendasing di dalam makanan
- Kedai makanan/restoran kotor
- Makanan tercemar
- Makanan yang dibeli rosak
- Makanan tamat tarikh luput
- Akuan kesihatan produk tidak ada
- Label makanan tidak betul
6 CARA MENYALURKAN ADUAN KEPADA BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN KKM
Anda boleh salurkan aduan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM melalui 6 saluran berikut:
1. Datang Ke Pejabat
- Hadir ke Pejabat BKKM atau Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan
2. Hubungi Talian BKKM
- BKKM: +603 8885 0797
- MOCC: +603 8000 8000
3. Laman Web SISPAA
4. Facebook BKKMHQ
- Facebook: BKKMHG
5. Faks
- +603 8885 0769
6. Menulis Surat
- Alamatkan kepada Pejabat BKKM atau Jabatan kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran
Aduan yang dilakukan ini bukanlah dengan niat untuk menutup periuk nasi peniaga. Tetapi sebaliknya sebagai peringatan supaya peniaga dapat memperbaiki kualiti makanan yang disediakan pada masa akan datang dan tidak mengambil ringan dengan kebersihan dan kualiti makanan mereka.
Semoga bermanfaat!