Adakah UPKK 2020 Dibatalkan?

Adakah UPKK 2020 Dibatalkan?

Sebentar tadi Menteri Pendidikan Malaysia Dr Mohd Radzi Md Jidin dalam sidang media kira-kira jam 4.00 petang tadi telah mengumumkan bahawa beberapa peperiksaan utama akan ditangguh dan dibatalkan.

Peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM akan ditunda ke suku pertama tahun 2021. Manakala UPSR dan PT3 dibatalkan.

Ketika sesi soal jawab MPM telah ditanya mengenai bagaimana pula status peperiksaan UPKK 2020, walaupun tidak memberi jawapan secara terus, tetapi dari jawapan tersebut dapat difahami, ia mengikut keputusan UPSR juga.

Ini bermakna jika UPSR dibatalkan maka UPKK juga hampir pasti akan dibatalkan. Beliau menegaskan apa yang penting adalah keselamatan anak-anak adalah paling utama.

Apa-apapun kita tunggu pengumuman daripada pihak JAKIM mengenai status UPKK adakah dibatalkan atau ditangguhkan selepas ini.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh baca ucapan penuh Menteri Pendidikan Malaysia Dr Mohd Radzi Md Jidin di bawah.

Info seterusnya juga akan menyusul.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma