Program Sayangi Rumahku: Mohon Bantuan Baik Pulih & Bina Baru Rumah
Kerajaan Negeri Perak amat prihatin terhadap infrastruktur pembangunan perumahan bagi golongan keterbawahan yang berdaftar dengan E-Kasih. Program ini bagi membantu golongan keterbawahan dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira latar belakang agar mereka mendapat sebuah harapan baru dalam menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.
Program ini berbentuk bantuan baik pulih dan bina baru rumah tanpa bayaran bagi rakyat Perak yang mengalami kerosakan rumah dan rumah yang telah uzur.
Semak syarat kelayakan dan cara membuat permohonan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
KATEGORI BANTUAN SAYANGI RUMAHKU
Bantuan Baik Pulih
- Bantuan kepada peserta yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki.
- Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk, kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj perigi dan lain-lain.
- Kos baik pulih maksima sehingga RM15,000
- Tempoh baik pulih antara 2 hingga 4 minggu
Bantuan Bina Baru Rumah
- Bantuan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur,tidak Selamat diduduki dan tidak ekonomi untuk dibaiki. Jenis rumah bina baru terbahagi kepada tiga (3):
i) Bina Baru 1 Bilik
- Berkeluasan 340 kaki persegi (20’x17’)
- Kos pembinaan adalah RM30,000
ii) Bina Baru 2 Bilik
- Berkeluasan 440 kaki persegi (20’x22’)
- Kos pembinaan adalah RM40,000
iii) Bina Baru 3 Bilik
- Berkeluasan 640 kaki persegi (20’x32’)
- Kos pembinaan adalah RM45,000
SYARAT PERMOHONAN
Antara syarat asas kelayakan permohonan adalah:
- Warganegara Malaysia dan berkahwin
- Berumur antara 45 tahun ke atas dan menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam Negeri Perak
- Berdaftar di dalam E-Kasih atau disahkan miskin oleh MPKK
- Status tanah kediaman hak milik sendiri, atau mendapat kebenaran menduduki (bagi permohonan Bina Baru)
- Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain
- Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah senarai dokumen yang wajib dihantar bersama dengan borang permohonan:
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan pasangan dan tanggungan
- Sebut Harga bagi permohonan Baik Pulih Rumah
- Salinan geran tanah bagi permohonan Bina Baru Rumah
- Surat Kebenaran Menduduki dari semua penama berdaftar dalam geran tanah jika tanah hak milik orang lain – Bagi permohonan Bina Baru Rumah sahaja.
- Salinan Kad Pengenalan Semua Penama berdaftar dalam geran tanah
CARA MEMOHON
Sekiranya anda melepasi syarat kelayakan yang ditetetapkan, anda perlu sediakan dokumen yang disenaraikan di atas dan borang permohonan secara percuma di salah satu pejabat berikut:
- Pejabat Yayasan Perak
- Pejabat Mini Yayasan Perak (UTC), Ipoh
- Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
- Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu
Selain dapatkan borang melalui pejabat, anda juga boleh muat turun dan cetak borang permohonan yang disediakan di bawah:
BORANG PERMOHONAN SAYANGI RUMAHKU
Hantar borang permohonan yang lengkap diisi bersama dokumen di atas yang telah disahkan melalui pos atau hantar sendiri ke alamat:
- Yayasan Perak,
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
No.111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, - No.Telefon : 05-255 2929 /253 7779,
- No.Faks : 05-2531701 (Bahagian Pembangunan Sosial)