Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Permohonan Program Rumah Transit, Kemudahan Perumahan Kepada Pasangan Muda

Oleh Cikgu Shaari • August 11, 2020 • 2 min baca

Permohonan Program Rumah Transit, Kemudahan Perumahan Kepada Pasangan Muda
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun. Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan Program Rumah Transit.

KADAR DAN TEMPOH SEWAAN

  • Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan
  • Tempoh sewaan adalah selama 2 tahun
  • Penyewa akan diberikan notis enam bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan belia untuk buat permohonan Rumah Transit adalah:

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Pemohon telah berkahwin
  • Pemohon berumur antara 18 hingga 30 tahun
  • Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon
  • Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohon
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
  • Tiada rekod jenayah

CIRI-CIRI RUMAH TRANSIT

Berikut adalah ciri-ciri Rumah Transit yang ditawarkan:

  • Keluasan unit adalah di antara 700 hingga 850 kaki persegi
  • 2 atau 3 bilik tidur
  • 2 bilik air
  • Ruang tamu
  • Ruang dapur
  • Dilengkapi dengan kipas dan lampu

KEMUDAHAN RUMAH TRANSIT

Antara kemudahan yang disediakan di Rumah Transit adalah:

  • Dewan serbaguna
  • Ruang taska
  • Kedai / gerai
  • Pejabat pengurusan
  • Tempat letak kereta
  • Tempat letak motosikal
  • Pagar kawasan
  • Kawalan keselamatan
  • Surau
  • Lif
  • Landskap

LOKASI RUMAH TRANSIT

Buat masa ini, sebanyak 2 blok (Blok L dan M) di PPR Pinggiran Bukit Jalil yang mengandungi sebanyak 632 unit rumah dijadikan projek perintis bagi program ini. Program ini akan diperluas ke bandar-bandar besar seluruh Malaysia.

CARA MOHON RUMAH TRANSIT

Permohonan Rumah Transit boleh dilakukan secara online melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) dengan langkah berikut:

  1. Log masuk ke sistem SPRN. Bagi yang belum pernah menggunakan sistem SPRN, anda boleh Daftar Sistem SPRN.
  2. Klik Pilih Skim RUMAH TRANSIT
    Permohonan Program Rumah Transit, Kemudahan Perumahan Kepada Pasangan Muda
  3. Klik YA untuk pengesahan
    Permohonan Program Rumah Transit, Kemudahan Perumahan Kepada Pasangan Muda
  4. Lengkapkan maklumat permohonan dan muat naik dokumen sokongan yang diminta
  5. Akhir sekali, buat pengesahan permohonan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Program Rumah Transit, anda boleh hubungi Cawangan Pengisian dan Penjualan, Bahagian Pengurusan Perumahan di talian 03-8891 4052 / 4061 / 4400 atau emelkan pertanyaan ke alamat rt1m@kpkt.gov.my

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.