Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •UKF & Temu Duga PISMP 2026: Tarikh, Persediaan Lengkap & Tips Lulus (Ramai Terlepas Pandang) •Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) • Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •UKF & Temu Duga PISMP 2026: Tarikh, Persediaan Lengkap & Tips Lulus (Ramai Terlepas Pandang) •Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) •

Cara Tukarkan RM50 ePENJANA Dari e-Wallet Kepada Tunai

Oleh Cikgu Shaari • August 10, 2020 • 2 min baca

Cara Tukarkan RM50 ePENJANA Dari e-Wallet Kepada Tunai
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sejak permohonan bantuan ePENJANA RM50 mula dibuka pada 31 Julai 2020, pasti ramai yang sudah tebus bantuan tersebut ke dalam e-wallet masing-masing. Sudahkan anda tebus ePENJANA anda? Jika belum, pastikan anda tebus sebeulum 24 September dan guna sebelum 30 September 2020. Jika tidak tebus, rugilah!

Baca juga: Cara Tebus RM50 ePENJANA

Jika diberi pilihan, pasti ramai yang lebih pilih untuk dapat RM50 tunai daripada RM50 di dalam ewallet kan? Maklumlah, tidak semua benda boleh dibeli menggunakan ewallet. Tetapi jika dapat wang di tangan, nak beli barang di pasar pun senang.

Tetapi semua perlu tahu bahawa pemberian bantuan dalam bentuk ewallet ini adalah untuk menggalakkan rakyat menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless).

Namun bagi yang ingin tunaikan RM50 dalam ewallet, anda boleh ikuti perkongsian ini.

CARA TUKAR RM50 EPENJANA KEPADA TUNAI

Untuk makluman anda, penukaran kepada tunai ini hanya boleh digunakan bagi yang tebus ePENJANA di aplikasi Touch n Go. Anda memerlukan 2 aplikasi ini untuk menjadikan RM50 tunai:

  • Aplikasi ewallet Touch n Go
  • Aplikasi Shopee

Berikut adalah langkah-langkah untuk tukarkan RM50 ePENJANA dari ewallet kepada tunai:

  1. Tebus RM50 ePENJANA dalam ewallet Touch n Go
  2. Buka aplikasi Shopee dan klik pada bahagian ShopeePay
  3. Masukkan jumlah kredit yang nak anda jadikan tunai
  4. Klik Cash Payment at 7-eleven.
  5. Satu bar code akan dipaparkan
  6. Bawa barcode tersebut ke 7-eleven berdekatan dan minta cashier scan barcode tersebut.
  7. Wang akan dimasukkan ke ShopeePay
  8. Daripada ShopeePay anda boleh pindahkan ke akaun bank anda. Pastikan  ShopeePay anda link dengan akaun bank. Baca Cara Withdraw Dari Shopee Ke Akaun Bank

Siap! Bila dah masuk ke akaun bank boleh lah anda pergi ke bank dan keluarkan tunai anda. Namun diingatkan sebagai rakyat, gunalah bantuan yang diberikan oleh kerajaan sebaiknya. Anda perlu ingat tujuan pemberian bantuan secara ewallet adalah untuk menggalakkan cashless dengan harapan amalan cashless dalam diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.