Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru • Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •

Permohonan Program Kemahiran Untuk Lepasan PT3/SPM Kemasukan Ogos 2020

Oleh Cikgu Shaari • August 10, 2020 • 2 min baca

Permohonan Program Kemahiran Untuk Lepasan PT3/SPM Kemasukan Ogos 2020
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Peluang bagi lepasan sekolah peringkat PT3 dan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Johor Skills Development Centre menyediakan program kemahiran sesuai untuk lepasan PT3 dan SPM yang berminat untuk mendalami bidang kemahiran.

Program yang ditawarkan adalah bagi kemasukan Ogos 2020 iaitu pada 18 Ogos 2020. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai program kemahiran yang disediakan.

OBJEKTIF PROGAM

Antara objektif program yang dijalankan adalah untuk:

  • Memberi peluang kedua kepada belia yang keciciran pembelajaran untuk menceburi bidang kemahiran teknikal.
  • Meningkatkan kemahiran teknikal serta peluang pekerjaan golongan belia.
  • Meningkatkan pendapatan dan memperbaiki kualiti hidup isi rumah.

SYARAT KEMASUKAN

Antara syarat-syarat kemasukan program adalah:

  • Boleh menulis, Membaca dan Mengira.
  • Bukan terdiri daripada pelajar sekolah atau penuntut yang sedang mengikuti pengajian.
  • Berumur dari 15 hingga 25 tahun.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Antara program yang ditawarkan beserta tempoh pelaksanaan adalah seperti berikut:

  • Operasi Penyelenggaraan Industri ( SKM Tahap 3) – 18 Bulan
  • Perkhidmatan Kejuruteraan Automasi Industri (SKM Tahap 2 & 3) – 18 Bulan
  • Operasi Pemesinan (SKM Tahap 2 & 3) – 21 Bulan
  • Pengujian Penembusan – Pembinaan Terkimpal (SKM Tahap 2) – 5 Bulan

FAEDAH PROGAM

Peserta akan menerima faedah seperti berikut:

  • Yuran pengajian ditanggung oleh Kerajaan
  • Asrama dan pengangkutan disediakan dengan bayaran minima

CARA MENDAFTAR

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk menyertai program, anda boleh buat pendaftaran dengan langkah berikut:

  1. Klik pautan Pendaftaran Program Lepasan SPM/PT3
  2. Pilih salah satu program yang ditawarkan
  3. Lengkapkan maklumat peribadi
  4. Tick pada kotak i’m not a robot
  5. Klik Submit

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai program kemahiran yang ditawarkan, anda boleh hubungi Johor Skills Development Centre di talian 07 252 1606 atau email ke alamat jsdc@puspatri.edu.my. Anda juga boleh terus ajukan pertanyaan melalui aplikasi WhatsApp di +60 17-669 9670.

Permohonan Program Kemahiran Untuk Lepasan PT3/SPM Kemasukan Ogos 2020

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.