Moratorium PTPTN Dilanjutkan Lagi Untuk Bantu Orang Muda
Berita baik buat Peminjam PTPTN! Kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan lagi moratorium bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Tempoh lanjutan yang diberikan ini membuktikan kerajaan komited membantu semua lapisan masyarakat terutama golongan muda.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai lanjutan moratorium PTPTN.
Isi Kandungan
LANJUTAN MORATORIUM PTPTN
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad, penangguhan ini membabitkan jumlah bayaran balik kira-kira RM375 juta. Jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik adalah sebanyak RM1.13 billion dan ianya akan diberikan secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.
Moratorium ini adalah penting kerana ramai peminjam PTPTN yang masih terkesan oleh COVID-19. Tujuan moratorium ini dilanjutkan juga adalah bagi memberi peluang golongan muda untuk merancang kewangan dengan lebih baik.
TEMPOH LANJUTAN MORATORIUM
Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik PTPTN untuk tempoh tiga bulan lagi bermula 1 Oktober ini.
Lanjutan yang diberikan ini diambil seiring pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar bagi mereka yang terkesan dengan penularan COVID-19.
Baca sini: Permohonan Lanjutan Moratorium Bank Bersasar
Semoga dengan tempoh lanjutan moratorium yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan muda yang mempunyai baki hutang pinjaman PTPTN untuk membuat perancangan kewangan dengan lebih baik.