Cara Buat Aduan SKMM Untuk Masalah Rangkaian Telefon Di Kawasan Anda

Sekarang ini banyak aduan mengenai rangkaian telefon yang tidak bagus. Bukan satu jenis syarikat telekomunikasi sahaja, masalah rangkaian ini berlaku kepada pengguna dari pelbagai jenis telekomunikasi. Namun tidak semua mengalami masalah ini. Masalah rangkaian ini terjadi di kawasan-kawasan tertentu.

Untuk makluman anda, sebagai pengguna yang menghadapi masalah rangkaian yang sangat teruk anda boleh terus buat laporan SKMM di MCMC Complaint Portal.

Mudah sahaja, ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara membuat aduan SKMM.

CARA BUAT ADUAN SKMM

Ikut langkah mudah berikut untuk membuat aduan SKMM untuk masalah rangkaian telefon:

  1. Pergi ke Portal MCMC Complaint
  2. Lengkapkan Aduan Baru dengan maklumat seperti berikut
    Cara Buat Aduan SKMM Untuk Masalah Rangkaian Telefon Di Kawasan Anda
  3. Lengkapkan Maklumat Pengadu
    Cara Buat Aduan SKMM Untuk Masalah Rangkaian Telefon Di Kawasan Anda
  4. Lengkapkan Maklumat Aduan dan Lokasi Masalah di mana masalah tersebut berlaku
    Cara Buat Aduan SKMM Untuk Masalah Rangkaian Telefon Di Kawasan Anda
  5. Masukkan Lampiran sekiranya ada
    Cara Buat Aduan SKMM Untuk Masalah Rangkaian Telefon Di Kawasan Anda
  6. Klik Hantar / Submit
    Cara Buat Aduan SKMM Untuk Masalah Rangkaian Telefon Di Kawasan Anda

Siap! Mudah sahaja kan? Semuanya boleh dilakukan secara atas talian. Pihak MCMC akan menilai maklumat yang anda berikan sebelum menerima atau menolak aduan anda. Mereka akan hubungi anda setelah kajian dilakukan di kawasan anda.

Selamat mencuba!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma