Permohonan Program Perakaunan Profesional Tajaan Penuh MAIPS & Yayasan Bursa Malaysia

Berita baik untuk semua! Ini adalah peluang terbaik untuk anda mengejar cita-cita menjadi akauntan profesional. Malaysia Professional Accountanct Centre (MyPAC) dengan tajaan penuh Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Bursa Malaysia kini membuka permohonan untuk Program Perakaunan Profesional Kemasukan September 2020.

Tawaran dibuka untuk Program Lepasan CAT / Diploma Perakaunan dan program Lepasan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Individu yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat boleh mohon sekarang.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan cara membuat permohonan.

KELEBIHAN KELAYAKAN PROFESIONAL PERAKAUNAN

Antara kelebihan mempunyai kelayakan profesional perakaunan adalah:

  • Permintaan yang meningkat untuk akauntan profesional dalam semua sektor dan industri
  • Kelayakan yang diiktiraf seluruh dunia
  • Memperoleh pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam bidang perakaunan

TAJAAN MAIPs

Berikut adalah maklumat lanjut dan syarat kelayakan untuk tajaan MAIPs bagi Program Perakaunan Profesional.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk Lepasan CAT / Diploma Perakaunan dan Lepasan Ijazah Perakaunan bagi tajaan MAIPs:

  • Islam
  • Lahir / bermaustatin di Perlis
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan
  • Memperoleh CGPA minimum 3.0 daripada universiti yang diiktiraf

Maklumat Program

Berikut adalah maklumat program tajaan MAIPs:

  • Institusi: INTEC Education College, Shah Alam
  • Tajaan Penuh
    – Yuran Pembelajaran
    – Yuran ACCA
    – Elaun Sara Hidup
    – Penginapan

TAJAAN PENUH

Berikut adalah syarat kelayakan dan maklumat program untuk Program Perakaunan Profesional Lepasan Ijazah (Tajaan Penuh).

Syarat Kelayakan

Antara syarat kelayakan Tajaan Penuh untuk Program Perakaunan Profesional Lepasan Ijazah  adalah:

  • Muslim / Bumiputera
  • Umur tidak melebihi 25 tahun waktu kemasukan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan
  • Memperolehi CGPA minimum 3.0 daripada universiti yang diiktiraf
  • Memperoleh pengecualian untuk 9 subjek ACCA

Maklumat Program

  • Tempoh Pengajian: 2 Tahun (Pengajian Sepenuh Masa)
  • Institusi : INTEC Education College, Shah Alam

TAJAAN YAYASAN BURSA MALAYSIA

Berikut adalah maklumat program dan syarat kelayakan untuk tajaan Yayasan Bursa Malaysia bagi Program Perakaunan Profesional.

Syarat Kelayakan

  • Bumiputera & umur tidak melebihi 25 tahun sewaktu permohonan
  • Tamat pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf ACCA
  • Memperoleh CGPA 3.5 dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan
  • Kemahiran Interpersonal dan kepimpinan yang sangat baik dibuktikan dengan jawatan/peranan yang dipegang dalam kelab dan persatuan sukan
  • Lulus ujian penilaian MyPAC – sesi temuduga & ujian bertulis (Ujian Teknikal & Bahasa Inggeris)

Maklumat Program

  • Tempoh Pengajian: 2 tahun (pengajian sepenuh masa)
  • Institusi: INTEC Education College, Shah Alam

CARA MEMOHON

Permohonan Program Perakaunan Profesional tajaan MAIPs dan Yayasan Bursa Malaysia kini dibuka untuk kemasukan September 2020 secara dalam talian.

Permohonan untuk Program Tajaan MAIPs boleh dibuat di pautan berikut:

Permohonan untuk Program Perakaunan Profesional Lepasan Ijazah (Tajaan Penuh) & Program Perakaunan Profesional (Tajaan Yayasan Bursa Malaysia) boleh dibuat di pautan berikut:

Mohon sekarang, jangan lepaskan peluang ini. Selamat memohon!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma