Semakan Keputusan Dan Rayuan Permohonan Kemasukan Prasekolah KPM Sesi 2024/2025
Permohonan kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2024/2025 telah dibuka secara dalam talian sehingga 30 April 2023 lepas. Bagi ibu bapa yang telah membuat permohonan tersebut, kini semakan keputusan kemasukan Prasekolah KPM 2024/2025 boleh dibuat bermula 5 Ogos 2023.
Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran masih berpeluang untuk buat permohonan rayuan kemasukan ke prasekolah KPM tahun 2024/2025.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai semakan keputusan dan rayuan permohonan kemasukan prasekolah KPM 2024/2025.
Isi Kandungan
TARIKH PENTING SEMAKAN & RAYUAN
Berikut adalah tarikh penting semakan dan rayuan kemasukan ke Prasekolah KPM tahun 2024/2025:
- Tarikh semakan: 5 Ogos 2023
- Tarikh rayuan: 5 Ogos hingga AKAN DIKEMASKINI
SYARAT KEMASUKAN PRASEKOLAH 2023
Berikut adalah syarat kemasukan prasekolah KPM 2023:
- Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020 sahaja yang layak untuk memohon.
SEMAKAN KEPUTUSAN & RAYUAN KEMASUKAN PRASEKOLAH 2023
Ibu bapa boleh mula buat semakan keputusan bermula 5 Ogos 2023. Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat sehingga AKAN DIKEMASKINI.
Semakan keputusan dan rayuan kemasukan prasekolah KPM 2024/2025 boleh dibuat dengan langkah berikut:
- Layari portal E-PRASEKOLAH KPM
- Masukkan no. mykad dan kata laluan seperti semasa permohonan
- Klik LOG MASUK
- Ibu bapa boleh buat semakan di laman tersebut.